Undang-undang kontrak Inggeris adalah undang-undang yang mengawal kontrak di England dan Wales. Melalui akar umbinya dalam lex mercatoria dan aktivisme kehakiman semasa revolusi perindustrian, ia turut diamalkan di negara-negara Komanwel (seperti Australia, Kanada, India dan Malaysia.) dan juga Amerika Syarikat. Ia juga sedang melalui perubahan beransur-ansur disebabkan keahlian Britain dalam Kesatuan Eropah dan organisasi-organisasi antarabangsa seperti Unidroit. Sebarang perjanjian yang boleh dikuatkuasakan dalam mahkamah adalah kontrak. Disebabkan kontrak adalah obligasi sukarela berbanding membayar pampasan disebabkan kesalahan sivil dan pembaikpulihan untuk menghilangkan pengayaan yang tidak adil, undang-undang Inggeris meletakkan nilai yang tinggi terhadap kepastian bahawa kesemua pihak-pihak yang terlibat benar-benar menyetujui syarat-syarat yang mengikat mereka di mahkamah. Secara amnya, suatu kontrak terbentuk apabila seseorang membuat tawaran, dan seseorang lagi menerimanya dengan memberitahu akan penerimaannya kepada penawar atau bertindak menjalankan terma-terma dan syarat-syarat penawar itu. Sekiranya terma-terma dapat dipastikan dan pihak-pihak terlibat boleh disifatkan dari kelakukan mereka untuk menjadikan terma-terma kontrak mereka mengikat, perjanjian itu bolehlah dikuatkuasakan. Sesetengah kontrak, secara khususnya untuk transaksi besar seperti jualan tanah, juga memerlukan kerasmian tandatangan-tandatangan dan saksi-saksi. Undang-undang Inggeris lebih menyeluruh berbanding undang-undang negara-negara Eropah lain dengan menghendaki semua pihak terlibat membawa sesuatu yang bernilai, dikenali sebagai "balasan", sebagai prasyarat untuk penguatkuasaan perjanjian tersebut. Kontrak boleh dibuat secara sendirinya atau melalui agen yang bertindak bagi pihak yang diwakili, sekiranya agen tersebut bertindak mengikut kelaziman yang mana orang yang wajar akan menjangkakan ia mempunuyai otoriti untuk berbuat demikian. Secara prinsipnya, undang-undang Inggeris memberikan kebebasan meluas kepada semua untuk mempersetujui isi kandungan sesuatu perjanjian. Terma-terma dalam satu perjanjian dimasukkan secara janji-janji ketara melalui rujukan ke terma-terma lain atau secara potensinya melalui tindak-tanduk pihak-pihak yang terlibat. Terma-terma ini ditakrif oleh mahkamah-mahkamah untuk mencari apakah niat sebenar pihak-pihak terlibat, dari prespektif pemerhati objektif, dalam konteks persekitaran perundingan mereka. Apabila terdapatnya jurang, mahkamah-mahkamah menyiratkan terma-terma untuk menutup jurang berkenaan, tetapi semasa abad ke-20 kedua-dua badan kehakiman dan perundangan telah masuk campur secara lebih kerap untuk membuang terma-terma yang tidak adil bagi melindungi para pengguna, pekerja dan penyewa yang menghadapi masalah kekurangan kuasa rundingan.
Undang-undang kontrak lazimnya mempunyai kesan paling positif apabila sesuatu perjanjian dilaksanakan tanpa perlunya dirujuk ke mahkamah kerana pihak-pihak yang terlibat mengetahui hak dan obligasi masing-masing. Tetapi apabila berlakunya sesuatu yang tidak dijangkakan menyebabkan perjanjian sukar ataupun mustahil dilaksanakan, mahkamah-mahkamah lazimnya akan menyifatkan pihak-pihak mahu membebaskan diri mereka daripada terikat dengan obligasi-obligasi mereka di bawah kontrak. Ia mungkin menjadi bahawa satu pihak hanya melanggari terma-terma kontrak berkenaan. Sekiranya satu pihak tidak melaksanakan tanggungjawabnya secara sempurnya, pihak yang satu lagi dibenarkan menghentikan perlaksanaannya dan menyaman bagi mendapatkan ganti rugi untuk meletakkannya dalam keadaan di mana kontrak tersebut telah dilaksanakan sepenuhnya. Dia juga punyai tanggungjawab untuk mitigasikan kerugiannya dan tidak boleh menuntut kerugian yang merupakan kesan lepasan daripada pelanggaran kontrak, tetapi remedi-remedi dalam undang-undang Inggeris didasarkan atas prinsip bahawa pampasan penuh bagi kesemua kerugian, awal atau lepasan, haruslah diganti. Dalam sesetengah keadaan, undang-undang bertindak lebih jauh dalam menghendaki seseorang pelanggar kontrak untuk melakukan pembaikpulihan daripada keuntungan mereka akibat pelanggaran kontrak olehnya itu, dan boleh menuntut perlakuan spesifik perjanjian tersebut berbanding gantirugi kewangan. Ia juga boleh jadi bahawa suatu kontrak boleh dibatalkan, disebabkan, menurut jenis kontrak berkenaan, satu pihak gagal berterus-terang atau membuat salah nyataan semasa rundingan. Perjanjian-perjanjian tidak berpatutan boleh dibatalkan apabila suatu pihak ditekan atau dipengaruhi atau diekploitasikan apabila mereka kelihatan menyetujui sesuatu perjanjian. Kanak-kanak, mereka yang sakit jiwa dan syarikat-syarikat, yang mana wakil-wakilnya bertindak luar bidang kuasa mereka, adalah dilindungi daripada perjanjian-perjanjian yang dikuatkuasakan terhadap mereka disebabkan ketiadaan kapasiti berbuat demikian. Sesetengah transaksi pula dianggap tidak sahih dan sekaligus tidak dikuatkuasakan mahkamah-mahkamah kerana bertentangan dengan undang-undang atau dasar awam. Secara teorinya, undang-undang Inggeris cuba mematuhi ideal bahawa manusia hanyalah terikat hanya apabila memberikan persetujuan bebas, tanpa ragu-ragu dan sukarela mereka terhadap sesuatu perjanjian.
Pada hakikatnya, satu kontrak adalah satu perjanjian yang diiktiraf undang-undang sebagai mewujudkan obligasi-obligasi yang boleh dikuatkuasakan. Berlainan dengan tort dan pengayaan tidak adil, kontrak lazimnya dilihat sebagai sebahagian undang-undang obligasi yang melibatkan janji-janji sukarela, dan selaras dengan itu meletakkan keutamaan tinggi pada anggapan bahawa hanya perjanjian yang mana orang perseorangan telah memberikan keizinan sebenar mereka akan dikuatkuasakan mahkamah. Meskipun tidak selalu jelas apabila pihak-pihak menyetujui sesuatu, undang-undang Inggeris mengambil pendekatan melihat tindak-tanduk seseorang yang secara ketaranya mahu mengikat dirinya kepada janjinya, dan kemudian menguatkuasakan janjinya terhadap orang berkenaan. Tetapi tidak semua persetujuan, meskipun jelas isi kandungannya, dianggap boleh dikuatkuasakan. Terdapatnya tanggapan yang boleh dibalas bahawa orang keseorangan tidak secara amnya mahukan penguatkuasaan undang-undang terhadap persetujuan-persetujuan yang dibuat secara sosial. Prinsip amnya adalah bahawa kontrak tidak perlu mengikut format khusus, seperti secara tulisan, melainkan apabila statut menghendakinya dalam keadaan transaksi besar-besaran seperti jual beli hartanah. Sebagai tambahan dan sebagai pembezaan terhadap sistem-sistem undang-undang sivil, undang-undang common law Inggeris menghendaki semua pihak membawa sesuatu yang bernilai atau "balasan" dalam rundingan. Syarat lama ini mempunyai beberapa pengecualian, terutamanya apabila pihak terlibat ingin meminda persetujuan mereka, melalui duluan mengikat dan doktrin ekuiti janji estopel. Tambahan pula reformasi yang dibawa statut dalam bentuk Akta Kontrak (Hak Pihak Ketiga) 1999 membenarkan pihak ketiga menguatkuasakan manfaat suatu perjanjian yang tidak semestinya dibayar mereka apabila pihak-pihak asal perjanjian tersebut membenarkan mereka berbuat demikian.
Pendekatan mahakamah-mahkamah Inggeris adalah bahawa suatu persetujuan wujud apabila suatu tawaran disambungkan kepada penerimaan terma-terma tawaran itu. Sama ada satu tawaran telah dibuat, ataupun bahawa ia telah diterima, adalah satu isu yang ditentukan mahkamah dengan bertanyakan apakah yang dapat disimpulkan oleh pemerhatian seseorang yang wajar. Tawaran dibezakan daripada "jemputan menawar (atau invitatio ad offerendum, jemputan untuk menawar)" yang tidak boleh hanya diterima pihak yang satu lagi. Secara tradisinya, undang-undang Inggeris memandang pameran barangan-barangan dalam sebuah kedai, meskipun yang tiada disebut harganya, sebagai jemputan menawar, maka apabila seseorang pelanggan mengambil barangan tersebut ke kaunter, dialah yang menawar untuk membeli barangan tersebut, dan penjual itu berhak menolak pembelian tersebut. Secara serupanya, dan sebagai piawaian am, satu iklan, jemputan membuat tawaran di lelongan yang mempunyai harga simpanan, atau jemputan mengemukakan tender tidak dikira sebagai penawaran. Tetapi seseorang yang menjemput tender mempunyai tanggungjawab mempertimbangkan tender sekiranya tender-tender tersebut dihantar sebelum tarikh akhir, maka pembida (meskipun tiada kontrak) boleh menyaman untuk ganti rugi sekiranya bidaannya tidak dipertimbangkan. Seseorang pelelong yang mengiklankan lelongan tanpa harga simpanan mempunyai kewajipan menerima bidaan tertinggi. Suatu mesin otomatik adalah dikira sebagai sesuatu yang mampu membuat tawaran, dan sebuah mahkamah boleh menafsir suatu iklan, atau sesuatu yang dipamerkan seperti kerusi, sebagai tawaran serius sekiranya pelanggan boleh menganggap bahawa ia boleh menerima terma-termanya dengan menjalankan sesuatu. Statut-statut lazimnya menggariskan hukuman bagi perniagaan-perniagaan yang membuat iklan salah nyataan, atau tidak menjual produk pada harga yang dilabelkan di dalam kedai-kedai mereka, atau secara menyalahi undang-undangnya mendiskriminisasikan pelanggan-pelanggan kerana bangsa, agama, jantina, ketidakupayaan atau kepercayaan mereka.
Apabila suatu tawaran dibuat, secara amnya penerima hendaklah memberitahu penerimaannya supaya terdapatnya perjanjian yang mengikat. Pemberitahuan penerimaan mestilah mencapai tahap dimana penawar secara munasabahnya boleh mengetahui, meskipun ia bersalah misalannya dalam tidak memastikan mesin faksnya berfungsi dengan baik untuk membolehkan mesej disampaikan secara tepatnya, penawar tersebut masih terikat. Inilah hakikatnya untuk semua jenis perhubungan, sama ada secara lisan, melalui telefon, teleks, faks atau emel, kecuali pos. Penerimaan melalui surat berkuatkuasa apabila surat berkenaan diletakkan dalam peti surat. Peraturan pos adalah produk sejarah, dan tidak wujud dalam kebanyakan negara. Ia hanya wujud dalam undang-undang Inggeris selagi ia wajar dalam penggunaan pos sebagai alat membalas (sebagai contoh, tidak sebagai respons kepada suatu emel), dan pengoperasiannya tidak mewujudkan kesulitan dan kemustahilan (sebagai contoh, surat berkenaan hilang). Dalam kesemua situasi ia mungkin untuk pihak-pihak yang berunding menetapkan cara penerimaan. Ia tidak mungkin untuk seseorang penawar meletakkan tanggungjawab kepada penerima untuk menolak suatu tawaran tanpa persetujuannya. Tetapi ia jelas bahawa orang perseorangan boleh menerima tanpa bersuara, pertamanya, dengan mendemonstrasikan melalui kelakuan mereka bahawa mereka menerima tawaran tersebut. Dalam kes Brogden lwn Syarikat Kereta Api Metropolitan, walaupun Syarikat Kerata Api Metropolitan tidak pernah menjawab surat daripada Encik Brogden merasmikan pengaturan pembekalan jangka lama untuk arang batunya, mereka berlaku selama dua tahun seakan ia telahpun dipersetujui secara bersama, dan Encik Brogdan kemudiannya didapati terikat dengannya. Keduanya, penawar mungkin mengenepikan keperluan untuk memberitahu penerimaan, secara langsung atau tidak langsung, seperti dalam kes Carlill lwn Carbolic Smoke Ball Company. Di sini syarikat perubatan olok-olok mengiklankan “smoke ball”nya, dengan pernyataan bahawa sekiranya seseorang pelanggan mendapati bahawa penggunaannya tidak berkesan merawati selsema selepas penggunaan tiga kali sehari selepas dua minggu, ia beroleh £100. Apabila mendapati bahawa iklan berkenaan cukup serious untuk menjadi tawaran dan bukan pembohongan atau jemputan menawar, Mahkamah Rayuan mendapati bahawa pihak penerima hanya perlu menggunakan smokeball itu mengikut preskripsi untuk mendapat £100 itu. Meskipun peraturan am menghendaki pemberitahuan penerimaan, iklan berkenaan secara tidak langsung mengenepikan keperluan tersebut untuk Puan Carlill atau sesiapa pun yang lain, untuk melaporkan penerimaannya terlebih dahulu. Dalam kes-kes lainnya, seperti apabila suatu tawaran dikemukakan untuk maklumat am, satu-satunya kehendak mahkamah-mahkamah Inggeris adalan bahawa adanya pengetahuan mengenai tawaran berkenaan. Apabila seseorang membuat tawaral unilateral seperti itu, mereka bertanggungjawab tidak membatalkannya apabila yang lainnya bertindak menurut tawaran berkenaan.. Sekiranya tidak, suatu tawaran sentiasa boleh dibatalkan sebelum ia diterima. Peraturan amnya adalah bahawa pembatalan hendaklah diberitahu, meskipun melalui pos, tetapi apabila penerima mendengar pembatalan daripada pihak ketiga pun, ia sebaik-baik pembatalan daripada penawar itu sendiri. Suatu tawaran juga boleh dibatalkan oleh penerima melalui tindakannya membuat tawaran balas, berbanding pertanyaan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Maka dalam kes Hyde lwn Wrench, apabila Wrench menawarkan jualan ladangnya pada harga £1000, dan Hyde menawarkan harga pembelian pada £950 dan Wrench menolak, Hyde tidak boleh menukar fikiran dan menerima tawaran harga pembelian £1000 yang asal.
Sementara model tawaran berbalas penerimaan menjadi kepada hampir kesemua perjanjian, ia tidaklah selalu boleh dirujuk. Dalam kes The Satanita peraturan-peraturan perlumbaan kapal layar memperuntukkan bahawa kesemua peserta harus bertanggungjawab melampaui apa yang ditetapkan dalam statut, untuk membayar sebarang kerosakan yang timbul. Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa terdapat kontrak untuk membayar dari peraturan-peraturan perlumbaan antara pemilik The Satanita dan pemilik Valkyrie II yang ditenggelaminya walaupun tiada tawaran dan penerimaan rasmi antara pihak-pihak terlibat. Dalam beberapa siri kes-kes, Lord Denning MR mencadangkan bahawa undang-undang Inggeris harus mengenepikan keperluan berlandaskan tawaran dan penerimaan dan gantikannya dengan tafsiran yang lebih meluas seperti keperluan pihak-pihak hanya mempersetujui secara bersama bahagian-bahagian matan dalam kontrak. Dalam kes Butler Machine Tool Co Ltd lwn Ex-Cell-O Corp Ltd ini bermaksud "perang bentuk" kedua-dua pihak disifatkan telah punyai persetujuan berkenaan terma-terma piawai pembeli, tidak termasuk klaus turun naik harga, walaupun hakim-hakim mahkamah lain mendapat kesimpulan yang sama dalam analisa yang biasa. Dalam kes Gibson lwn Manchester CC dia akan mendapat kesimpulan yang berbeza dengan Dewan Pertuanan, dengan membenarkan Encik Gibson membeli rumahnya daripada majlis, walaupun surat dari majlis menyatakan bahawa ia "tidaklah boleh dianggap sebagai suatu tawaran dalam pengertiannya". Pendekatan ini membolehkan mahkamah bertindak melakukan yang tebaik tanpa terikat dengan peraturan yang terlalu restriktif.
Dalam beberapa situasi, mahkamah-mahkamah mengelak daripada menguatkuasakan kontrak-kontrak yang, mestipun terdapatnya tawaran dan penerimaan tawaran, tiada kandungan perjanjian. Dalam kes Hartog v Colin & Shields, dimana seseorang penjual kulit arnab Argentina menyebut harga yang jauh lebih rendah daripada apa yang dicakapkan dalam rundingan-rundingan terdahulu, pembeli tidak boleh menguatkuasakan perjanjian itu kerana sesiapa yang munasabah akan megetahui bahawa tawaran tersebut tidak serius tetapi hanyalah kesilapan semata-mata. Tambahan pula, sekiranya dua pihak beranggapan bahawa mereka telah mecapai sepersetujuan, tetapi tawaran dan penerimaan masing-masing berpadukan dua perkara berbeza, mahkamah tidak akan menguatkuasakan kontrak itu. Dalam kes Raffles lwn Wichelhaus, Raffles memikirkan bahawa dia sedang menjual kapas yang terletak di atas kapal The Peerless, dari Bombay yang akan tiba di Liverpool pada bulan December, tetapi Wichelhaus memikirkan bahawa dia sedang membeli kapas yang terletak di atas kapal The Peerless yang akan tiba pada bulan September. Mahkamah memutuskan bahawa tiadanya consensus ad idem atau pertemuan minda pada perkara yang sama. Apabila persetujuan gagal sepenuhnya, tetapi seseorang telah melakukan kerja atas permintaan seseorang lain disebabkan hendak beroleh untung, pihak tersebut boleh menuntut nilai kerja yang dilakukan, atau quantum meruit. Pembaikpulihan seperti itu membenarkan tuntutan atas perbelanjaan penuntut, tetapi tidak termasuk jangkaan keuntungan, kerana tiadanya perjanjian yang hendak dikuatkuasakan.
Sementara persetujuan adalah teras kepada kesemua kontrak, tidak semua perjanjian boleh dikuatkuasakan. Soalan awal yang perlu ditanya adalah sama ada kontrak berkenaan adalah pasti dari segi terma-terma utamanya, atau essentialia negotii, sebagai contoh dalam maksud harga, perkara yang dipersetujui dan identiti pihak-pihak terlibat. Kebiasaannya mahkamah-mahkamah cuba untuk "menjadikan perjanjian itu", maka dalam kes Hillas & Co Ltd lwn Arcos Ltd, Dewan Pertuanan memutuskan bahawa pilihan untuk membeli kayu halus yang "berspesifikasi wajar" cukup pasti untuk dikuatkuasakan, apabila dibaca dalam konteks perjanjian-perjanjian lampau antara pihak-pihak terlibat. Tetapi mahkamah-mahkamah tidak ingin "mengadakan kontrak dimana tiada" maka dalam kes Scammell dan Nephew Ltd lwn Ouston, satu klaus yang memperuntukkan harga pembelian didasarkan "terma-terma jual beli" diputuskan sebagai tidak dapat dikuatkuasakan kerana tiada piawaian dimana mahkamah dapat menentukan harga yang dicadangkan atau apakah harga yang wajar. Serupa juga dalam kes Baird Textile Holdings Ltd lwn M&S plc Mahkamah Rayuan mendapati bahawa harga dan kuantiti pembelian tidak dapat dipastikan kerana tiada terma yang boleh diimplikasikan untuk M&S memberikan notis yang wajar sebelum membatalkan perjanjian pembeliannya. Dewan Pertuanan juga melanjutkan idea ini dengan memutuskan bahawa perjanjian untuk merundingkan ke arah kontrak pada masa hadapan dengan niat baik tidak cukup kepastiannya untuk dikuatkuasakan.
Sementara banyak perjanjian dapat dipastikan, tidak boleh dikatakan dalam konteks sosial masyarakat bahawa kesemua orang mahukan kuatkuasaan undang-undang terhadap persetujuan antara mereka. Dalam kes Balfour lwn Balfour Lord Atkin memutuskan bahawa persetujuan Encik Balfour untuk memberikan nafkah £30 sebulan semasa bekerja di Ceylon tidak boleh dikuatkuasakan atas alasan bahawa orang kebiasaan tidak lazimnya mahukan perjanjian-perjanjian berkenaan mempunyai akibat dari segi undang-undang. Secara serupanya, persetujuan antara rakan-rakan di tempat perjumpaan, atau antara ibu dan anak akan termasuk dalam situasi ini, tetapi tidak sepasang kekasih yang mahu berpisah, dan tidak rakan-rakan yang mengurus transaksi besar-besaran terutama apabila seseorang bergantung secara mudaratnya kepada jaminan seseorang lagi. Tanggapan ketidakbolehkuatkuasaan ini sentiasa boleh dibalas dengan perjanjian ketara untuk membolehkan kuatkuasaan, sebagai contoh dengan menuliskan perjanjian itu. Secara kontranya, perjanjian-perjanjian antara perniagaan-perniagaan secara selalunya dan konklusifnya dianggap sebagai boleh dikuatkuasakan. Akan tetapi perkataan-perkataan seperti "Persefahaman ini... tidak akan diletakkan dibawah bidang kuasa mahkamah undang-undang" akan dihormati. Dalam satu situasi, statut menganggap bahawa perjanjian-perjanjian kolektif antara kesatuan sekerja dan majikan tidak ingin dihubungkan melalui undang-undang, kerana kononnya mahu menjauhkan terlalu banyak litigasi daripada undang-undang buruh United Kingdom.
Dalam sebilangan kes terhad, suatu perjanjian tidak akan dapat dikuatkuasakan melainkan ia mencapai ciri-ciri yang dikehendaki statut. Manakala kontrak-kontrak boleh dibuat tanpa formaliti, sesetengah transaksi difikirkan memerlukan bentuk disebabkan sama ada ia membuatkan seseorang berfikir sejenak sebelum menandatangani perjanjian, atau bahawa ia menjadi bukti yang jelas. Ini lazimnya untuk transaksi-transaksi besar, seperti jualan tanah, pajakan tanah melebihi tiga tahun, perjanjian kredit pengguna, dan bil pertukaran. Satu kontrak untuk jaminan mestilah, pada satu peringkat, dibuktikan secara bertulis. Pada akhirnya, undang-undang Inggeris mengambil pendekatan bahawa suatu janji semata-mata, secara undang-undang kontraknya, tidak boleh diperundangkan. Sementara hibah yang diberikan akan memindahmilik hartanah secara tidak boleh batal, dan manakala seseorang sentiasa boleh mengikat diri mereka kepada suatu janji tanpa apa-apa balasan untuk sesuatu pada masa hadapan sekiranya mereka menandatangani surat ikatan yang disaksikan, janji sekadar janji tanpa berbalas boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Kesimpulan ini dicapai melalui sesuatu doktrin yang dinamakan doktrin balasan.
Balasan adalah kehendak tambahan dalam undang-undang Inggeris sebelum suatu kontrak dapat dikuatkuasakan. Seseorang yang mahu menguatkuasakan perjanjiannya mesti menunjukkan bahawa mereka telah membawa sesuatu ke meja rundingan yang punyai "nilai disisi undang-undang", sama ada memberikan kenikmatan atas seseorang yang lain atau mendapat kesulitan disebabkan permintaan mereka. Dalam amalan ini bermaksud tidaklah rasa berterimakasih atau kasih sayang semata-mata, sesuatu yang telah dilakukan pada masa terdahulu, dan tidak termasuk menjanjikan perlaksanaan sesuatu sehingga diambilalih pihak ketiga. Secara metaforiknya, balasan adalah "harga dimana janji dibeli". Ia dipertikaikan kerana ia mewujudkan kesulitan yang mana sistem undang-undang lain yang tidak didasari undang-undang Inggeris tidak punyai. Secara realitinya, doktrin balasan beroperasi dalam skop yang kecil, dan tidak lazim mendatangkan masalah dalam dunia perniagaan. Selepas reformasi di Amerika Syarikat, terutama dalam Pernyataan Semula Kontrak-Kontrak §90 memberikan semua tawaran mengikat sekiranya tidak mendatangkan "ketidakadilan", satu laporan pada tahun 1937 oleh Jawatankuasa Penyemakan Undang-Undang, Statute of Frauds and the Doctrine of Consideration, mencadangkan bahawa janji-janji bertulis, untuk balasan lampau, untuk pembayaran separa hutang, menjanjian perlakukan obligasi-obligasi sedua ada, menjanjikan untuk membiarkan tawaran berdiri, dan janji-janji yang dipegang seseorang mendatangkan mudarat kepadanya akan dibenarkan mengikat. Laporan ini tidak pernah dikuatkuasakan sebagai undang-undang, tetapi hampir semua syornya telah dimasukkan dalam undang-undang kes pada kemudiannya, mestipun adanya tentangan.
Apabila kontrak dibentuk, balasan bernilai diperlukan, dan oleh sebab itu rasa berterimakasih semata-mata tidak mengikat. Tetapi sementara balasan mesti punyai nilai yang mencukupi disisi undang-undang, ia tidak perlu menepati harga yang mencukupi. Seseorang boleh menjual rumahnya untuk jagung berlada, meskipun pembeli "tidak suka lada dan akan membuang jagung." Ini bermakna mahkamah-mahkamah tidak secara amnya masuk campur dalam perihal keadilan dalam penukaran.Satu lagi kesukaran yang dihadapi adalah bahawa balasan untuk persetujuan dikatakan tidak wujud sekiranya apa yang diberikan adalah sesuatu yang dilakukan sebelum janji itu diberi, seperti janji untuk membayar hutang duit yang digunakan untuk mendidik anak perumpuan. Dalam situasi ini mahkamah-mahkamah menunjukkan diri mereka mampu untuk memutuskan bahawa apa yang dibuat secara implisitnya bersandarkan jangkaan balasan. Masalah-masalah lebih signifikan timbul apabila pihak-pihak kepada suatu kontrak mahu meminda terma-termanya. Peraturan lama yang menjangkakan kemajuan perlindungan-perlindungan undang-undang paksaan ekonomi, adalah bahawa sekiranya satu pihak hanya berjanji untuk melakukan sesuatu yang telah dilakukan pada masa dahulu bertukar harga yang lebih tinggi, tiadanya kontrak yang wujud. Tetapi dalam kes ulung Williams lwn Roffey Bros & Nicholls (Contractors) Ltd, Mahkamah Rayuan memutuskan akan lebih bersedia mendapati seseorang yang menjanjikan apa yang dijanjikannya terdahulu sebagai balasan sekiranya yang satu lagi mendapat "kebaikan praktikal". Maka apabila Williams, seorang tukang kayu, dijanjikan Roffey Bros, pembina-pembila, lebih banyak wang untuk menyiapkan kerja dalam masa ditetapkan, ia diputuskan bahawa disebabkan Roffey Bros dapat mengelakkan daripada membayar klaus penalti disebabkan lambat menyiapkan kontraknya sendiri, dan berpeluang mengelakkan perbelanjaan litigasi dan mempunyai mekanisme pembayaran yang lebih berpatutan, ini kesemuanya mencukupi sebagai balasan. Bercakap mengenai balasan, Russell LJ menyatakan bahawa, "mahkamah-mahkamah kini lebih bersedia untuk mendapati terdapatnya balasan... apabila rundingan-rundingan yang dijalankan berada pada tahap sama dan apabila dapatan balasan itu memperlihatkan niat sebenar pihak-pihak terlibat." Dalam kata lain, dalam konteks variasi kontrak, definasi balasan diperkecilkan. Tetapi dalam satu situasi analisa "kebaikan praktikal" tidak boleh digunapakai untuk situasi di mana persetujuan adalah untuk mengurangkan beban hutang. Dalam kes Foakes lwn Beer, Dewan Pertuanan mendapati bahawa sekalipun Puan Beer menjanjikan kepada Encik Foakes bahawa dia boleh membayar balik £2090 19s secara ansuran dan tanpa riba, dia boleh kemudiannya bertukar fikiran dan meminta pembayaran sekaligus. Walaupun Lord Blackburn menentang fikiran ini dalam kes berkenaan, Mahkamah Rayuan memutuskan dalam kes Re Selectmove Ltd, bahawa ia diikat duluan Pertuanan dan tidak boleh menggunakan analisa "kebaikan praktikal" dalam kes Williams untuk mana-mana kes pembayaran balik hutang.
Akan tetapi balasan adalah doktrin yang didapati dari common law dan boleh digantung di bawah prinsip-prinsip ekuiti. Secara sejarahnya, England punyai dua sistem mahkamah yang berlainan, dan Mahkamah-Mahkamah Canseri yang mendapat kuasanya daripada Raja melalui Lord Chancellor, diberi keutamaan mengatasi mahkamah-mahkamah common law dan inilah hakikatnya selepas kedua-dua sistem ini digabungkan pada tahun 1875. Doktrin janji estopel memutuskan bahawa apabila seseorang memberikan jaminan kepada satu lagi, dan yang satu lagi bersandarkan kepadanya dan ia tidak bersamaan untuk tidak mengotakan janji itu, orang yang menjamin akan diestop daripada tidak mengotakan janjinya. Maka dalam kes Hughes lwn Metropolitan Railway Co Dewan Pertuanan memutuskan bahawa penyewa tidak boleh dipaksa keluar oleh tuan hartanah untuk kegagalannya untuk membaiki hartanah berkenaan seperti di dalam kontrak disebabkan tindakan tuan tanah itu memulakan rundingan untuk menjual hartanahnya itu secara tidak langsung menggantung tanggungjawabnya itu. Dan dalam kes Central London Properties Ltd lwn High Trees House Ltd Denning J memutuskan bahawa seorang tuan tanah akan tiestop daripada menuntut sewa pada kadar biasa semasa Perang Dunia Kedua disebabkan dia telah menjamin bahawa sewa boleh dibayar pada kadar setengah sehingga perang selesai. Mahkamah Rayuan melangkah lebih jauh dalam kes Collier lwn P&M J Wright (Holdings) Ltd. Arden LJ berhujah bahawa seorang rakan kongsi yang dijamin yang dia hanya perlu bertanggungjawab terhadap satu pertiga daripada hutang perkongsiannya berbanding bersesama dan berasingan bertanggungan untuk kesemua hutang tersebut, telah bergantung kepada jaminan tersebut dengan membuat pembayaran, dan ia tidak saksama untuk syarikat kewangan itu menuntut kesemua hutang darinya. Maka, janji estopel boleh mengelakkan peraturan common law kes Foakes. Akan tetapi janji estopel difikirkan tidak boleh menjadi kausa tindakan secara sendirinya, maka seseorang hanya boleh menggunakan janji estopel sebagai "perisai", tetapi tidak boleh membawa kausa tindakan estopel sebagai "pedang". Di Australia, peraturan ini diketepikan dalam kes Walton Stores (Interstate) Ltd lwn Maher yang mana Encik Maher diajak yang dia akan beroleh kontrak untuk menjual tanahnya, dan mula meruntuhkan bangunannya sebelum Kedai Walton memberitahunya bahawa mereka tidak mahu terus dengan pembelian. Encik Maher kemudiannya mendapat ganti rugi yang lumayan (iaitu ganti rugi persandaran, tetapi seakan-akan ganti rugi jangkaan kontrak). Namun, apabila jaminan melibatkan hak terhadap hartanah, sejenis lagi "hartanah estopel" membenarkan seseorang penuntut untuk memplidkan estopel sebagai kausa tindakan. Maka dalam kes Crabbe lwn Majlis Daerah Arun, Encik Crabbe dijamin bahawa beliau akan mendapat laluan akses kepada tanahnya oleh Majlis Daerah Arun, dan bersandarkan itu dia menjual separuh dari hartanahnya yang punyai satu-satunya laluan akses yang wujud. Majlis kemudiannya diestop daripada tidak melakukan apa yang dikatakannya akan dilakukan. Memandangkan analisa undang-undang kompleks yang perlu dilalui untuk mendapatkan penyelesaian mudah, ia tidaklah ganjil bahawa sebilangan pengkomen disamping Prinsip-Prinsip Undang-Undang Kontrak Eropah memanggil untuk doktrin balasan dihapuskan, dengan meninggalkan kehendak perjanjian dan niat mengadakan perhubungan undang-undang. Tindakan ini juga akan menghapuskan keperluan untuk doktrin priviti common law.
Peraturan common law priviti dalam kontrak adalah subperaturan balasan kerana ia membataskan siapa yang boleh menguatkuasakan perjanjian terhadap mereka yang membawa balasan kepada rundingan. Dalam kes awal, Tweddle lwn Atkinson, ia didapati bahawa seorang anak tidak memberikan apa-apa balasan untuk janji bapa tirinya kepada bapa kandungnya untuk membayar kepada anaknya £200 dan oleh sebab demikian dia tidak boleh menuntut wang itu. Disebabkan prinsip bahawa kebolehan menguatkuasakan obligasi perlu mencerminkan sesiapa yang punyai kepentingan dalam perlakukannya, pada tahun 1996 Suruhanjaya Undang-Undang dinamakan Privity of Contract: Contracts for the Benefit of Third Parties mencadangkan bahawa sementara mahkamah-mahkamah dibiarkan memajukan common law, sesetengah lagi ketidakadilan yang lebih ketara harus dibuang. Ini menjerus kepada Akta Kontrak (Hak Pihak Ketiga) 1999. Dibawah seksyen 1, pihak ketiga dibenarkan menguatkuasakan suatu perjanjian sekiranya ia seakan memberikan manfaat kepadanya, secara individu atau ahli sepasukan, dan tiada stipulasi bahawa pihak demikian tidak dibenarkan menguatkuasakannya. Dalam hal ini terdapat beban yang kuat diatas pihak yang menuntut bahawa tuntutan tidak diniatkan oleh pihak ketiga. Pihak ketiga mempunyai remedi yang sama seperti yang menjadi privi terhadap suatu perjanjian, dan boleh menguatkuasakan kedua-dua manfaat positif, atau batasan liabiliti, seperti dalam klaus pengecualian. Hak pihak ketiga hanya boleh dimansuhkan atau ditarik balik tanpa persetujuan beliau sekiranya dapat dijangkakan bahawa beliau akan bersandarkan kepadanya.
Reformasi-reformasi yang dibawa Akta Kontrak (Hak Pihak Ketiga) 1999 bermakna sebilangan kes-kes yang telah diputuskan perbeza penghakimannya pada hari ini. Dalam kes Beswick lwn Beswick sementara Dewan Pertuanan memutuskan bahawa Puan Beswick boleh menguatkuasakan secara spesifik janji anak saudara lelakinya untuk membayar kepadanya £5 seminggu sebagai pentadbir wasiat, Akta ini juga membolehkannya menuntut sebagai pihak ketiga. Dalam kes Scruttons Ltd lwn Midland Silicones Ltd ia mungkin bagi firma kuli pelabuhan untuk mendapatkan pelindungan klaus pembatasan dalam kontrak antara pembawa dan pemilik setong kimia yang rosak, tetapi tidak kerana pada masa ini, Akta ini belum diperkenalkan. Lord Denning menentang hakikat ini dengan hujahannya untuk menghapuskan peraturan ini, dan Lord Reid memberi pendapat bahawa sekiranya suatu bil muatan secara nyata memberikan perlindungan klaus pembatasan ini atas kuli-kuli berkenaan, maka kuli-kuli berkenaan memberi kuasa kepada pembawa untuk melakukan begitu, dan "kesulitan berkenaan balasan dibawa oleh kuli-kuli dapat diatasi" dan secara langsungnya kuli-kuli tersebut beroleh perlindungan tersebut. Malangnya, itu bukan situasinya. Dalam kes The Eurymedon, pendapat Lord Reid dapat diaplikasikan apabila sesetengah kuli pelabuhan mahukan manfaat klaus pengecualian apabila menghentakkan dan merosakkan mesin gerudi, dengan balasan yang didapati bahawa kuli-kuli berkenaan sedang melakukan tanggungjawab kontrak mereka untuk pemilik mesin itu (iaitu pihak ketiga). Kini, dengan Akta berkenaan, tidak lagi diperlukan analisa-analisa teknikal seperti ini disebabkan apa jua kontrak yang memberikan manfaat kepada pihak ketiga secara dasarnya boleh dikuatkuasakan pihak berkenaan.
Disebabkan Akta berkenaan tidak memberi kesan kepada hak penerima untuk menguatkuasakan kontrak disisi common law, isu yang masih belum disentuh adalah setakat mana seseorang penerima dibenarkan menuntuk ganti rugi bagi pihak ketiga, sekiranya dia sendiri tiada mengalami kerugian. Dalam kes Jackson lwn Horizon Holidays Ltd, Lord Denning MR memutuskan bahawa seorang bapa boleh menuntut ganti rugi disebabkan kekecewaan (lebih daripada kerugian kewangan yang dialami) suatu pengalaman percutian yang tidak menyeronokkan bagi pihak keluarganya. Tetapi majoriti Dewan Pertuanan dalam kes Woodar Investment Development Ltd lwn Wimpey Construction UK Ltd tidak menyetujui kebolehan meluas satu pihak terlibat menuntut ganti rugi bagi pihak ketiga, kecuali buat beberapa jenis kontrak pengguna. Terdapat ketidaksetujuan sama ada keadaan ini masih berkekalan kini. Terdapat juga kesukaran dalam kes-kes yang melibatkan rumah-rumah yang punyai kerosakan, yang dijual kepada pembeli, yang kemudiannya menjual kepada pihak ketiga. Nampaknya pembeli pertama mahupun pihak ketiga dapat menuntut di bawah Akta ini, sebab mereka tidak lazimnya diidentifikasikan oleh kontrak pertama (atau diketahui) secara terdahulu. Selain daripada situasi berkait tort ini, dalam amalan kebiasaan, doktrin priviti tidak diendahkan dalam beberapa situasi, seperti dalam undang-undang amanah dan agensi.
Dalam kes Watteau lwn Fenwick, Lord Coleridge CJ menduduki Queen's Bench bersehaluan dengan pendapat oleh Wills J bahawa seorang pihak ketiga boleh menyalahkan prinsipal yang tidak dikenalinya apabila dia menjual rokok kepada agen yang bertindak melampaui batasannya. Wills J memutuskan bahawa "prinsipal bertanggungjawab untuk semua perbuatan agennya yang dalam kuasa lingkungan yang diberikan kepada agen sebegitu, dengan tidak mengira batasan, antara prinsipal dan agennya, yang diletakkan terhadap kuasa itu." Keputusan ini dikritik dan diragui, tetapi tidak dihapuskan sepenuhnya, di Britain. Ia kadangkala dirujuk sebagai "kuasa lazim" (tetapi bukan dalam maksud yang digunakan oleh Lord Denning MR dalam kes Hely-Hutchinson, yang mana ia sama dengan "kuasa sebenar yang diimplikasikan"). Ia diterangkan sebagai sejenis kuasa yang kenampakan jelas, atau "kuasa agensi yang sedia ada".
Sekiranya ada perjanjian - iaitu kontrak - yang wujud, ciri-ciri terma kontrak penting sekiranya satu pihak telah melanggari persetujuannya. Terma-terma suatu kontrak adalah apa yang dijanjikan. Tetapi ia terpulang kepada mahkamah-mahkamah untuk menafsir bahan bukti apa yang pihak-pihak menyatakan sebelum kontrak termeterai, dan menafsirkan terma-terma yang dipersetujui. Penafsiran kontrak mula dengan janji-janji nyata yang pihak-pihak terlibat berkata sesama mereka, tetapi dapat dijumpai dalam dokumen-dokumen atau notis-notis. Peraturan am untuk kemasukan terma-terma dalam perjanjian adalah bahawa notis wajar terma berkenaan perlu, dan lebih banyak notis diperlukan untuk terma yang membebankan. Maksud terma-terma itu kemudiannya mesti ditafsir, dan pendekatan moden adalah untuk menafsir maksud perjanjian dari perspektif seseorang wajar yang mengetahui akan kesemua konteks perjanjian berkenaan. Mahkamah-mahkamah dan juga perundangan berkemungkinan menyiratkan terma-terma dalam kontrak secara amnya untuk 'menutup jurang' sebagaimana diperlukan untuk menepati jangkaan-jangkaan munasabah pihak-pihak terlibat, atau sebagai sampingan mengikut keperluan kontrak spesifik. Undang-undang Inggeris sejak abad ke-19 berpandukan prinsip laissez faire "kebebasan berkontrak" maka dalam undang-undang am kontrak, sesiapa pun boleh menyetujui apa jua terma dan syarat yang disukai. Secara kontranya, sebilangan jenis kontrak, terutama bagi pengguna, pekerja dan penyewa dipinda untuk memastikan piawaian minima hak, yang kebanyakannya didapati dari statut, yang bertujuan mendapat kesinambungan terma-terma kontrak. Evolusi undang-undang kes dalam abad ke-20 secara amnya menunjukkan perbezaan ketara antara kontrak antara pihak-pihak komersil dan antara pihak-pihak yang kuasa rundingan mereka tidak seimbang, disebabkan dalam hal transaksi antara golongan ini, kebolehan untuk memilih yang sebenar terjejas disebabkan kekurangan persaingan di pasaran. Maka, sesetengah terma tidak adil boleh dibuat tidak menjadi dibawah Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977 atau Peraturan-Peraturan Terma Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999 dan boleh dibuang boleh mahkamah-mahkamah dengan bantuan administratif Pejabat Perniagaan Adil.
Janji-janji yang ditawarkan oleh seseorang kepada seseorang yang lain adalah terma-terma suatu kontrak, tetapi bukan semua yang diperihalkan sebelum penerimaan akan menjadi terma. Peraturan asas penafsiran adalah suatu representasi adalah suatu terma sekiranya ia kelihatan "seperti mahu diletakkan" dalam kontrak daripada perspektif seseorang yang wajar. Ia termasuk berapa pentingnya terma berkenaan oleh pihak-pihak terlimat, tetapi juga sebagai cara melindungi pihak yang lemah, mahkamah-mahkamah menambah bahawa seseorang yang lebih mengetahui dalam transaksi berkenaan berkebarangkalian lebih untuk membuat janji, berbanding hanya representasi. Maka dalam kes Oscar Chess Ltd lwn Williams Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Encik Williams menjual sebuah kereta Morris kepada penjual kereta terpakai secara silapnya (meskipun dalam niat baik disebabkan bergantung kepada buku log palsu) dengan menyatakan bahawa ia model 1948 padahal ia sebenarnya dari tahun 1937, penjual kereta berkenaan tidak boleh kemudiannya menuntut pelanggaran kontrak kerana dia dalam kedudukan yang lebih baik untuk mengetahui keadaan sebenar. Ini penting kerana sementara satu pihak punyai hak untuk mengelak daripada perjanjian, atau membatalkan kontrak, sekiranya mereka diperdaya dengan salah nyataan untuk memasuki kontrak berkenaan dan seterusnya menuntut sebarang ganti rugi, sekiranya pernyataan adalah terma dan ia salah, mereka boleh menuntut keuntungan yang rugi. Maka terma-terma yang tidak dikotakan menyebabkan kepada ganti rugi untuk melindungi kesemua jangkaan penutut, untuk meletakkan mereka pada kedudukan seperti kontrak telah dilaksanakan.
Apabila suatu kontrak dijadikan bertulis, terdapat anggapan asas bahawa dokumen bertulis itu akan mengandungi kesemua terma-terma dalam suatu perjanjian, dan apabila seseorang menandatangani dokumen, kesemua terma yang termasuk dalam dokumen tersebut mengikat mereka (kecuali sekiranya dokumen berkenaan hanyalah kertas administratif atau di bawah pembelaan non est factum). Ini sangat penting dalam transaksi komersil kerana perniagaan-perniagaan mahukan kepastian dalam urusniaga mereka. Sekiranya suatu pernyataan adalah terma, dan pihak terlibat tidak menandatangani suatu dokumen, maka terma-terma boleh dimasukkan dengan rujukan kepada sumber-sumber yang lain, atau melalui perhubungan yang lampau. Peraturan asas, yang digariskan dalam kes Parker lwn South Eastern Railway Company, adalah bahawa notis munasabah diperlukan sebelum seseorang boleh terikat dengan terma. Dalam kes ini, Encik Parker meninggalkan kotnya dalam bilik di stesen kereta api Charing Cross dan diberikan tiket yang belakangnya mengandungi terma bahawa sebarang liabiliti hanyalah boleh dituntut sehingga ke £10. Mahkamah Rayuan menghantar semula kes ini untuk ditentukan juri (sebagaimana wujud pada ketika itu) untuk ditentukan. Pendekatan moden adalah bahawa sekiranya suatu terma lebih membebankan, notis yang lebih terang dan jelas perlu dikemukakan. Denning LJ dalam kes J Spurling Ltd lwn Bradshaw pernah berkata "Sesetengah klaus yang saya lihat di sini perlu dicetak menggunakan dakwat merah pada hadapan dokumen dengan tangan merah yang menunjukkan kepadanya sebelum notis boleh dianggap mencukupi." Dalam kes Thornton lwn Shoe Lane Parking Ltd suatu tiket medan meletakkan kenderaan yang merujuk kepada notis yang terletak di dalam tempat letak kereta berkenaan dikatakan tidak mencukupi untuk mengecualikan liabiliti medan letak kereta itu untuk kecederaan peribadi pelanggan-pelanggan di premisnya. Dalam kes Interfoto Picture Library Ltd lwn Stiletto Ltd Bingham LJ memutuskan bahawa notis dalam bagasi gambaran filem negatif berkenaan fi untuk pemulangan lewat negatif berkenaan (yang berlumlah sebanyak £3,783.50 untuk 47 negatif selepas hanya sebulan) adalah terma yang terlalu membebankan untuk dimasukkan tanpa notis yang jelas. Secara kontranya dalam kes O’Brien lwn MGN Ltd Hale LJ memutuskan bahawa kegagalan akhbar Daily Mirror untuk menyatakan dalam kesemua suratkhabar-suratkhabar bahawa sekiranya terdapat terlalu banyak pemenang cabutan bertuah percumanya untuk £50,000 maka akan teradakan satu lagi cabutan dikata tidak terlalu membebankan pada pihak "pemenang" yang tidak berjaya sehingga tidak boleh dimasukkan sebagai terma perjanjian. Ia boleh juga menjadi bahawa sebarang perhubungan antara pihak-pihak terdahulu yang konsisten dimasukkan sebagai terma dalam perhubungan mereka pada masa hadapan. Dalam kes Hollier lwn Rambler Motors Ltd Mahkamah Rayuan memutuskan bahwa Encik Hollier, yang keretanya terbakar dalam api yang diwujudkan seseorang pekerja cuai di garaj Rambler Motors, tidak terikat dengan klaus yang mengecualikan liabiliti untuk "kerosakan yang disebabkan api" pada belakang invois yang dia telah lihat semasa tiga atau empat kali hadir di tempat berkenaan dalam masa lima tahun terdahulu. Ia dikatakan tidak cukup konsisten. Tetapi dalam kes British Crane Hire Corporation Ltd lwn Ipswich Plant Hire Ltd Lord Denning MR memutuskan bahawa suatu syarikat menyewa kren terikat dengan terma yang menghendaki mereka membayar ganti rugi mendapatkan semula kren berkenaan apabila ia tenggalam dalam paya, meskipun hanya pernah berhubung sebelum ini sekali sahaja. Sebab utama adalah keseimbangan kuasa rundingan antara pihak-pihak terlibat.
Selepas ia diputuskan secara jelas terma-terma yang termasuk dalam suatu perjanjian, pengertian mereka mesti ditentukan. Sejak pengenalan perundangan yang mengawal terma-terma tidak adil, mahkamah-mahkamah Inggeris lebih cenderung kepada prinsip bahawa perjanjian mesti ditafsir untuk memberikan kesan kepada niat pihak-pihak terlibat dari pemerihatian seseorang yang wajar. Ini adalah perubahan ketara daripada awal abad ke-20 apabila mahkamah-mahkamah mula menggunakan teori penafsiran literal yang disokong antara lainnya oleh Lord Halsbury. Apabila wujudnya kebimbangan pada pertengahan abad berkenaan mengenai terma-terma tidak adil, dan terutamanya terma yang mengecualikan liabiliti, mahkamah-mahkamah memerangi ini dengan memakai doktrin contra proferentum. Kekaburan-kekaburan dalam klaus-klaus yang mengecualikan atau mengehadkan liabiliti satu pihak akan ditafsir menentang pihak berkenaan. Dalam kes utama, Canada Steamship Lines Ltd lwn R tempat pemunggahan di Montreal terbakar, dan memusnahkan barangan yang dimiliki Canada Steamship Lines. Lord Morton memutuskan bahawa klaus dalam kontrak mengehadkan liabiliti satu pihak untuk "kerosakan... pada... barangan... yang... terletak di tempat berkenaan" tidak mencukupi untuk mengehadkannya pada liabiliti untuk kecuaian kerana klaus itu juga boleh ditafsir sebagai merujuk kepada liabiliti ketat di bawah satu lagi klaus kontrak. Ia ditafsir sebagai mengecualikan liabiliti jenis itu pula. Sesetengah hakim, sebagai contoh Lord Denning mahukan peraturan yang lebih ketat dengan pengenalan "pelanggaran fundamental kontrak" di mana liabiliti untuk pelanggaran kontrak serius tidak boleh dikecualikan sama sekali. Manakala peraturan-peraturan yang sedia ada membantu apabila statut tidak, penafsiran-penafsiran bermusuhan ini difikirkan tidak bertepatan dengan penerangannya yang asal.
Selaras dengan kedudukan moden sejak perundangan terma tidak adil diwujudkan, perenggan paling dipercakapkan di mahkamah-mahkamah Inggeris berkenaan penafsiran didapati dalam penghakiman Lord Hoffmann dalam kes ICS Ltd lwn West Browmwich BS. yang menyatakan semula undang-undang bahawa erti sesuatu dokumen adalah apa yang dimaksudkan pada (1) seseorang wajar (2) dengan pengetahuan konteks (3) kecuali rundingan-rundingan terdahulu dan (4) maksud tidak didapati daripada kamus tetapi pengertian konteksnya tetapi (5) maksud tidak boleh bertentangan dengan akal fikiran. Objektif utama adalah sentiasa memberikan kesan kepada niat pihak-pihak terbabit. Sementara kehendak (3) masih kekal sebagai undang-undang disebabkan kos litigasi yang tinggi, terdapatnya pertikaian mengenai seberapa banyak bukti rundingan-rundingan terdahulu boleh dikecualikan daripada mahkamah. Ia semakin jelas bahawa mahkamah-mahkamah boleh merujuk kepada bukti-bukti rundingan di mana ia boleh membantu dalam menafsirkan pengertian sesuatu perjanjian. Pendekatan terhadap penafsiran seperti ini bersamaan sedikit dengan hak pihak-pihak untuk mendapatkan "pembaikpulihan" dokumen, atau meminta mahkamah tidak membaca dokumen tidak secara literal tetapi dengan kesedaran bahawa apa yang pihak-pihak dapat buktikan sebagai niat mereka.
Sebahagian daripada penafsiran kontrak melibatkan mahkamah-mahkamah dan statut-statut menyiratkan terma-terma dalam perjanjian-perjanjian. Secara amnya, mahkamah-mahkamah menyiratkan terma-terma apabila terma-terma tersurat perjanjian mewujudkan jurang. Disebabkan fahaman kebebasan berkontrak yang diamalkan, mahkamah-mahkamah tidak lazim membatalkan terma-terma tersurat untuk pihak-pihak terbabit. Perundangan juga boleh dijadikan sumber untuk terma-terma tersirat, dan boleh dibatalkan dengan persetujuan pihak-pihak, atau mempunyai ciri-ciri wajib. Bagi kontrak secara am, terma-terma individu disiratkan ("tersirat sebagai fakta") untuk mencerminkan "jangkaan munasabah pihak-pihak", dan seperti proses penafsiran, penyiratan terma dalam kontrak komersil mesti dikaitkan dalam konteks komersil. Dalam kes Equitable Life Assurance Society lwn Hyman memutuskan, dalam penghakiman yang dipertikaikan, bahawa "kadar anuiti terjamin" pemegang-pemegang polisi syarikat insurans nyawa tidak boleh diperturunkan kadar bonus mereka oleh pengarah-pengarah semasa syarikat menghadapi masalah kewangan, kerana ia akan bertentangan dengan "jangkaan munasabah" pemegang-pemegang polisi berkenaan. Lord Steyn menyatakan bahawa suatu terma mesti disiratkan dalam kontrak polisi bahawa budi bicara pengarah-pengarah dibataskan kerana "ia sangat perlu... untuk memberikan kesan kepada jangkaan munasabah kesemua pihak". Pembentukan secara objektif dan berkonteks ini adalah berlainan degan pembetukan subjekfif ujian penyiratan terma, yang menanya apakah pendekatan "pemerhati peramah" berkenaan apa yang "mungkin dikontrakkan pihak-pihak" sekirana mereka memakai minda mereka kepada jurang yang wujud dalam kontrak. Amalan-amalan perdagangan juga boleh menjadi punca terma tersirat sekiranya ia "pasti, dikenalpasti, wajar, diiktiraf sebagai mengikat dari segi undang-undang dan konsisten dengan terma-terma tersurat".
Dalam kontrak-kontrak spesifik, seperti yang untuk jualan barangan, antara tuan tanah dan penyewa, atau dalam pekerjaan, mahkamah-mahkamah menyiratkan terma-terma piawai (atau terma-terma "yang tersirat dalam undang-undang"). Terma-terma seperti ini merupakan "peraturan-peraturan tetap" yang dipakai apabila tidak dipersetujui sebaliknya. Dalam satu jenis kodifikasi, Akta Jualan Barangan 1893 menyenaraikan kesemua peruntukan-peruntukan kontrak piawai dalam kebanyakan perjanjian-perjanjian komersil yang dibentuk melalui common law. Ini telah dikemaskinikan dalam Akta Jualan Barangan 1979 dan terpakai apabila pihak-pihak dalam kontrak tidak menyetujui sebaliknya. Sebagai contoh, dibawah seksyen 12 hingga 14, sebarang kontrak untuk jualan barangan disiratkan dengan terma bahawa pejual mempunyai hak terhadap barangan tersebut, bahawa barangan tersebut menepati apa yang dikatakan dan ia adalah berkualiti baik dan boleh digunakan untuk tujuan ia dibeli. Secara serupanya seksyen 13 Akta Pembekalan Barangan dan Perkhidmatan 1982 menyatakan bahawa perkhidmatan-perkhidmatan mestilah dilakukan dengan perhatian dan kemahiran yang wajar. Di dalam common law ujian yang digunakan untuk menentukan terma tersirat seperti ini adalah terma "apa yang perlu" terhadap perlaksanaan kontrak tersebut. Ujian ini didapati dalam kes Liverpool City Council v Irwin di mana Dewan Pertuanan memutuskan bahawa seorang tuan tanah punyai kewajipan terhadap penyewa-penyewa pangsapuri untuk memastikan bahawa pangsapuri tersebut diselenggarakan sewajarnya. Dalam kontrak-kontrak pekerjaan, beberapa terma-terma piawai juga disiratkan, sebelumpun statut dirujuk, sebagai contoh untuk memberikan pekerja-pekerja maklumat secukupnya untuk membuat penentuan terhadap tuntutan saraan mereka. Terma terutama dalam kontrak pekerjaan adalah bahawa kedua-dua majikan dan pekerja mempunyai obligasi "saling mempercayai dan menyakini". Kesalingan percaya dan yakin ini boleh dilanggar dalam beberapa situasi, terutama dalam keadaan perlakuan majikan membolehkan seseorang pekerja menganggap dirinya sebagai dipecat secara konstruktif. Dalam kes Mahmud dan Malik lwn Bank of Credit and Commerce International SA Dewan Pertuanan memutuskan bahawa kewajipan ini dilanggar oleh majikan yang mengendalikan perniagaannya untuk menutup kegiatan-kegiatan yang menyalahi undang-undang. Dewan Pertuanan menggariskan bahawa terma ini sentiasa boleh dikecualikan, tetapi ini telah dipertikaikan kerana tidak seperti kontrak barangan atau perkhidmatan antara entiti-entiti komersil, perhubungan majikan dan pekerja disifatkan sebagai tidak senambung. Dalam kes Johnstone lwn Bloomsbury Health Authority Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa doktor yang masih baru tidak boleh dipaksa bekerja 88 jam seminggu meskipun ia adalah terma nyata dalam kontraknya, sekiranya ini membahayakan kesihatannya. Tetapi seorang hakim menyatakan bahawa keputusan ini didapati dalam pemakaian Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977, seorang lagi hakim menyatakan bahawa di common law terma yang nyata tersurat boleh ditafsir berdasarkan terma-terma tersirat, dan seorang lagi puna menyatakan bahawa terma-terma tersirat boleh mengecualikan terma-terma tersurat. Dalam alam pekerjaan baikpun hal ehwal pengguna, mahkamah-mahkamah Inggeris masih tidak bermuafakat mengenai sejauh manakah mereka boleh mengenepikan paradigma asas kebebasan berkontrak apabila tiada peruntukan undang-undang statut.
Pada penguhujung abad ke-20, Parlimen meluluskan campur tangan komprehensifnya yang pertama dalam doktrin kebebasan berkontrak dalam bentuk Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977. Perihal terma tidak adil adalah meluas dan termasuklah kontrak-kontrak di bawah Akta Kredit Pengguna 1974, Akta Hak Pekerjaan 1996 dan Akta Tuan Tanah dan Penyewa 1985. Perundangan yang berkait perlindungan pengguna juga sering dikemaskinikan oleh Kesatuan Eropah seperti dalam undang-undang Peraturan Ganti Rugi Penerbangan Kesatuan Eropah, yang kemudiannya dimasukkan dalam undang-undang tempatan melalui instrumen statut yang diluluskan di bawah subseksyen 2(2) Akta Komuniti Eropah 1972 sebagai contoh dengan Peraturan Perlindungan Pengguna (Jualan Jarak Jauh) 2000. Perundangan terutama mengenai terma kontrak tidak adil yang berasal daripada Kesatuan Eropah adalah Peraturan Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999. Kedua-dua Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977 dan Peraturan Terma Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999 mempunyai pemakaian serupa dan oleh sebab ini Suruhanjaya Pembaharuan Undang-Undang telah mencadangkan Rang Undang-Undang Terma Kontrak Tidak Adil untuk menggabungkan kedua-duanya dalam satu dokumen dan memperkasakan perlindungan terhadap perniagaan kecil-kecilan tetapi Parlimen masih belum bertindak keatasnya.
Lord Denning MR dalam George Mitchell (Chesterhall) Ltd lwn Finney Lock Seeds Ltd EWCA Civ 5, QB 284, 297
Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977 mengawal klausa-klausa yang mengecualikan atau membataskan terma-terma yang disiratkan oleh common law atau statut. Secara amnya, sekiranya klausa-klausa mengecualikan liabiliti, terutamanya berkait kecuaian, satu pihak, maka ia mesti melepasi "ujian kewajaran" dalam seksyen 11 dan Jadual 2 Akta berkenaan. Ini melihat kepada kebolehan semua pihak mendapatkan insurans, kuasa rundingan mereka, pilihan alternatif pembekalan mereka dan kejelasan terma tersebut. Dalam sesetengah hal Akta ini pergi lebih jauh. Subseksyen 2(1) membuat tidak menjadi sebarang terma yang membataskan liabiliti untuk kematian atau kecederaan peribadi seseorang. Subseksyen 2(2) menyatakan bahawa sebarang klausa yang mengecualikan liabiliti terhadap kerosakan harta mesti melepasi "ujian kewajaran". Salah satu daripada kes pertama, George Mitchell Ltd lwn Finney Lock Seeds Ltd melihat seorang penternak secara jayanya menuntut bahawa satu klausa yang membataskan liabiliti penjual benih kubis terhadap ganti rugi benih gantian berbanding kerugian daripada tidak mendapat untung disebabkan kegagalan tanaman, adalah tidak wajar. Penjual-penjual mempunyai kelebihan dalam mendapatkan insurans berbanding pembeli-pembeli benih itu. Di bawah seksyen 3 perniagaan-perniagaan tidak dibenarkan membataskan liabiliti mereka untuk perlanggaran kontrak sekiranya berdepan "pengguna" kecuali ia melepasi ujian kewajaran. Pengguna didefinasikan dalam seksyen 12 sebagai seseraong yang tidak membuat perhubungan berkait perniagaan berdepan dengan seseorang yang sememangnya berniaga, atau apabila mereka menggunakan kontrak berbentuk piawai. Seksyen 6 Akta itu menyatakan bahawa terma-terma tersirat Akta Jualan Barangan 1979 tidak boleh dibataskan kecuali ia wajar. Sekiranya seorang pihak adalah "pengguna" maka peruntukan Akta tahun 1979 itu menjadi wajib. Dalam erti lain, suatu perniagaan tidak boleh sama sekali menjual barangan pengguna yang tidak berfungsi, meskipun pengguna menandatangani dokumen dengan pengetahuan penuh klausa pengecualian yang ada. Di bawah seksyen 13, ia dikuatkuasakan bahawa sebarang olahan terhadap klausa pengecualian yang terus terang masih menjadi klausa pengecuaian yang ditangkap Akta itu. Maka dalam kes Smith lwn Eric S Bush Dewan Pertuanan memutuskan bahawa pembatasan pengecualian disebabkan kecuaian seorang juruukur tidak menjadi apabila cerobong asap tumbang dan memusnahkan atap rumah Encik Smith. Juruukur itu didapati lebih mampu mendapatkan insurans berbanding Encik Smith. Meskipun tiada kontrak antara mereka, disebabkan perenggan 1(1)(b) terpakai bagi sebarang notis yang mengecualikan kecuaian, dan klausa pengecualian juruukur itu megecualikan kewajipan berjaga-jaga yang timbul di common law, seksyen 13 "menangkap" ia apabila liabiliti akan wujud "tanpa adanya" pengecualian liabilit: maka klausa pengecualian itu tidak adil.
Lazimnya hanya sebilangan kecil kes-kes dibawa pengguna secara langsung disebabkan kerumitan litigasi, kos dan nilainya sekiranya tuntutan terlalu kecil. Untuk memastikan bahawa undang-undang perlindungan pengguna dikuatkuasakan, Pejabat Perdagangan Adil mempunyai bidang kuasa untuk mewakili pengguna-pengguna membawa kes ke mahkamah selepas menerima pengaduan. Di bawah Peraturan Terma Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999 peraturan-peraturan 10 hingga 12, Pejabat ini mempunyai bidang kuasa untuk menimbangkan pengaduan dan mendapatkan injunksi terhadap perniagaan-perniagaan yang menggunakan terma-terma tidak adil (tidak mengira di bawah undang-undang apapun). Peratuaran Terma Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999 lebih meluas berbanding Akta Terma Kontrak Tidak Adil 1977 disebabkan ia meliputi semua terma kontrak tidak adil dan bukannya terma pengecualian semata-mata, tetapi juga terbatas berbanding Akta tahun 1977 berkenaan kerana hanya terpakai pada kontrak-kontrak pengguna. Peraturan tahun 1999 mendefinasikan pengguna dalam istilah yang lebih mengkhusus, dan mengecualikan badan-badan korporat seperti syarikat yang berkontrak di luar perniagaannya. Meskipun Britain mampu mengadakan perlindungan yang lebih mantap, apabila ia menafsirkan Arahan dalam undang-undang nasionalnya ia memilih untuk memberikan perlindungan minima, dan tidak melindungi daripada semua jenis kontrak. Di bawah subperaturan 6(2), mahkamah hanya boleh menimbangkan keadilan terma yang tidak merangkumi "definasi utama perihal utama kontrak" atau terma-terma yang berkaitan "harga atau remunerasi" benda yang dijual. Di luar terma-terma "asas" ini, terma boleh dikatakan tidak adil di bawah peraturan 5 sekiranya ia tidak dirundingkan secara individu, dan bertentangan dengan niat baik ia menajadikan ketidaksenambungan dalam hak dan obligasi pihak-pihak terlibat. Contoh-contoh disenaraikan dalam Jadual 2. Dalam kes DGFT lwn First National Bank plc Dewan Pertuanan memutuskan bahawa disebabkan tujuan perlindungan pengguna, subperaturan 6(2) harus ditafsir secara ketat dan Lord Bingham menyatakan bahawa niat baik menyiratkan perlakuan adil, terbuka dan jujur. Maka tindakan bank megecaj kadar faedah yang lebih tinggi terhadap pelanggan-pelanggan yang mempunyai kadar faedah yang lebih rendah yang ditetapkan mahkamah di bawah pelan penyelengaraan semula hutang boleh, di bawah subperaturan 6(2), diimbangkan untuk keadilannya, tetapi di bawah peraturan 5 ini tidak mewujudkan ketidaksenambungan kerana hasilnya bank mendapat kadar faedahnya yang lazim. Ini membolehkan ruang yang lebih luas untuk Pejabat Perdagangan Adil masuk campur terhadap terma-terma kontrak tidak adil. Tetapi dalam kes OFT lwn Abbey National plc Mahkamah Agung United Kingdom memutuskan bahawa sekiranya suatu terma berkait dengan harga dalam apa jua bentuk pun, ia tidak boleh melalui subperaturan 6(2) diimbangi untuk keadilannya. Kesemua bank-bank High Street termasuk Abbey National mengamalkan tabiat mengecaj fi yang lebih tinggi sekiranya pemegang akaun, secara tidak sengaja, melepasi batas overdraf dalam pengeluaran wang mereka. Mahkamah Agung membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang sepadu dengan menyatakan bahawa remunerasi bank berkenaan untuk perkhidmatan-perkhidmatan itu didapati daripada fi berkenaan, maka tiada penimbangan keadilan terma boleh dibenarkan. Keputusan ini diimbangi oleh penekanan para Hakim bahawa sebarang perubahan mestilah terus terang. Meskipun begitu sama ada keputusan ini bertepatan undang-undang Kesatuan Eropah masih belum diputuskan di hadapan Mahkamah Keadilan Eropah dan ia sangsi sama ada ia diputuskan serupa di bawah Rang Undang-Undang Terma Kontrak Tidak Adil.
Meskipun kata mesti dikota, pihak-pihak dalam suatu kontrak bebas menentukan bagaimana kontrak disimpulkan, ditamatkan dan apakah remedi pelanggaran kontrak yang timbul, sama sepertimana menentukan kandungan kontrak. Mahakamah-mahkamah hanya membentuk batasan-batasan kecilan terhadap kebebasan pihak-pihak menentukan kesimpulan kontrak. Peraturan-peraturan asas mahkamah, yang lazimnya boleh dipinda, adalah pertamanya, suatu kontrak disimpulkan apabila seseorang pihak tidak boleh melakukan apa yang dijanjikannya. Kedua, sekiranya satu pihak melanggar janjinya dalam situasi serius, maka pihak satu lagi dibenarkan tidak melaksanakan tanggungjawabnya pula. Kalau pelanggaran itu tidak serius, pihak satu lagi mesti meneruskan obligasinya tetapi boleh menuntut remedi dalam mahkamah untuk perlakukan tidak mencukupi atau tidak menepati daripada pihak pertama. Ketiga, remedi utama adalah ganti rugi, yang terhad pada apa yang boleh dijangkakan berlaku akibat pelanggaran. Ini bermaksud jumlah wang yang mencukupi untuk meletakkan penuntut dalam situasi di mana pelanggar kontrak seolah-oleh telah melaksanakan janjinya. Dalam sesetengah kes pula, mahkamah boleh memerintahkan pembaikpulihan oleh pelanggar kontrak untuk memberikan apa-apa kelebihan yang didapatinya akibat pelanggaran kontraknya diberikan kepada pihak yang menuntut. Secara tambahannya, apabila isi kandungan kontrak terlalu unik dan tidak dapat digantikan wang semata-mata, mahkamah boleh menggunakan budi bicaranya untuk memberikan injunksi terhadap pelanggar kontrak untuk melakukan sesuatu atau melarang dia daripada melakukan sesuatu, kecuali ia perkhidmatan peribadi. Larangan penguatkuasaan injunksi terhadap perkhidmatan peribadi ini adalah disebabkan ketidakinginan mahkamah untuk menjadikan kontrak perkhidmatan sebagai kontrak perhambaan.
Perlakuan kontrak mestilah presis dan bertepatan dengan kesemua terma-termanya, sekiranya tidak, timbulah pelanggaran kontrak. Sekiranya kontrak tidak mengandungi akibat pelanggarannya, maka akibat-akibat akan ditetapkan oleh prinsip-prinsip biasa ganti rugi pampasan, tetapi remedi juga boleh dipersetujui. Remedi yang mudah dan lazim adalah mengambil deposit dan tidak memulangkannya semula sekiranya terdapat pelanggaran. Sebagai syarat, mahkamah-mahkamah common law memutuskan bahawa sebarang deposit yang melebihi 10 peratus sebagai terlampau dan menghendaki justifikasi yang sewajarnya untuk dikuatkuasakan. Mahkamah-mahkamah akan melihat deposit yang besar sebagai sebahagian pembayaran kontrak yang sekiranya tidak dilakukan secukupnya mesti dipulangkan untuk mengelakkan pengayaan tidak adil, mestipun tertera dengan jelas dalam kontrak berkenaan. Akan tetapi, sekiranya pihak-pihak komersil yang punyai kuasa rundingan seiras ingin meletakkan keadaan di mana deposit adalah dilucuthakkan dan mahu mengkuatkuasakannya, mahkamah-mahkamah tidak akan masuk campur. Dalam kes Union Eagle Ltd lwn Golden Achievement Ltd pembeli bangunan di Hong Kong untuk HK$4.2 juta mempunyai kontrak yang mensyaratkkan bahawa kontrak mestilah disimpulkan pada pukul 5 petang pada 30 September 1991 dan sekiranya tidak, deposit 10 peratus akan dilucuthakkan dan kontrak akan dibatalkan. Pembeli hanya 10 minit lambat, tetapi Majlis Privi menyatakan bahawa disebabkan perlunya terikat dengan peraturan-peraturan dan menghilangkan kebimbangan mahkamah-mahkamah mengadakan campur tangan secara tidak munasabah, perjanjian berkenaan akan secara ketatnya dikuatkuasakan.
Penalti dan kelucuthakkan bonku...
Portia: ... bersedialah untuk dipotong dagingnya. Tiadalah setitik darah; mahupun tiadalah dipotong kurang mahupun lebih, tetapi hanyalah sepaun daging; sekiranya anda mengambil lebih, atau kurang, dari sepaun, sekiranya lebih berat atau lebih kurang, atau dipotong salah; tidak, sekiranya penimbang berubah sedikit pun, kamu salah, dan kesemua barangmu dirampas.W Shakespeare, Pedagang Venice, Babak IV, adingan i
Perjanjian-perjanjian boleh juga menyatakan bahawa, berbanding satu jumlah yang ditetapkan mahkamah, sejumlah "ganti rugi tercair" akan dibayar sekiranya tidak terdapat perlakuan. Mahkamah-mahkamah membataskan ganti rugi jenis ini sekiranya terlalu tinggi, atau "terlampau dan tidak bermoral" seakan-akan penalti. Bidang kuasa ini tidak lazim digunakan, maka dalam kes Murray v Leisureplay plc Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa pembayaran gaji setahun kepada CEO syarikat sekiranya dipecat sebelum setahun bukanlah klausa penalti. Tambahan pula, kebolehkan mahkamah-mahkamah membatalkan klausa-klausa sebagai penalti hanya beraplikasi kepada klausa-klausa pembayaran wang disebabkan pelanggaran kontrak berbanding kejadian-kejadian semasa perlakuannya, meskipun Peraturan Tidak Adil dalam Kontrak Pengguna 1999 meletakkan bidang kuasa untuk masuk campur dalam apa jua terma-terma tidak adil yang digunakan terhadap pengguna.
Sekiranya kelakuan yang dikehendaki hanyalah bayaran hutang yang boleh dibuktikan, maka seksyen 49 Akta Jualan Barangan 1979 membenarkan tindakan ringkas untuk harga barangan atau perkhidmatan, maka peraturan tatacara mahkamah yang lebih pantas dituruti. Para pengguna juga mendapat faedah di bawah seksyen-seksyen 48A-E, dengan hak nyata untuk mendapatkan pembaikpulihan produk yang rosak. Suatu kontrak boleh ditafsir sebagai merangkumi "obligasi keseluruhan", dengan mensyraratkan kelakuan di belah satu pihak terlebih dahulu sebelum pihak satu lagi sebagai syarat duluan. Peraturan ini turut memanfaatkan pihak yang tidak melakukan pelanggaran dalam keadaan di mana dia dipaksa menerima kelakuan sedia ada. Dalam kes Sumpter lwn Hedges seorang pembina yang membiarkan kontrak selepas melakukan kerja bernilai £333 tidak boleh menuntut wang untuk pembangunan di atas tapak binaan meskipun digunakan oleh pembeli untuk menyiapkan kerja itu (meskipun dibolehkan menuntut semula sesetengah bahan binaan). Peraturan ini memberikan remedi yang menguntungkan pengguna dalam kes pembangunan rumah. Maka dalam kes Bolton lwn Mahadeva Encik Bolton tidak boleh menutut untuk sistem pemanas berharga £560 yang tidak berfungsi baik dan memerlukan £174 untuk dibaikpulih (iaitu 31% dari harga asal) yang telah dipasangnya dalam rumah Encik Mahadeva. Tetapi apabila obligasi dalam kontrak "telah dilakukan secara substantial" maka harga keseluruhan mesti dibayar ditolak dengan jumlah yang mencerminkan pelanggaran. Maka dalam kes Hoenig lwn Isaacs Denning LJ memutuskan bahawa pembina yang memasang rak buku secara tidak sempurna dengan harga £750 tetapi hanya memerlukan £55 untuk dibetulkan (iaitu 7.3% dari harga asal) perlu dibayar ditolak dengan kos pembetulan itu.
Meskipun dalam common law zaman silam mahkamah-mahkamah Inggeris sering menegaskan bahawa kelakukan kontrak harus dilaksanakan dalam apa jua keadaan pun tanpa mengira kesusahan yang melanda pihak-pihak terlibat dalam abad ke-19 mahkamah-mahkamah mula mengambil pendekatan berbeza dengan memutuskan bahawa kontrak-kontrak yang mustahil dilaksanakan dikatakan mustahil dan secara automatiknya ditamatkan. Dalam kes Taylor lwn Caldwell Blackburn J memutuskan bahawa apabila Dewan Muzik Taman Surrey secara kebetulannya hangus terbakar, pemilik-pemiliknya tidak perlu membayar ganti rugi kepada perniagaan yang menyewanya untuk persembahan, kerana ia bukannya kesilapan mana-mana pihak. Satu "syarat duluan" pada kesemua kontrak adalah bahawa ia mestilah boleh dilakukan. Manusia lazimnya tidak akan berjanji untuk melakukan sesuatu yang mustahil. Selain daripada kemustahilan fizikal, kemustahilan juga berlaku apabila suatu kontrak menjadi menyalahi undang-undang untuk dilaksanakan, secara contoh apabila perang meletus dan kerajaan mengharamkan perdagangan dengan negara musuh, atau apabila tujuan suatu perjanjian tidak lagi wujud, seperti menyewa bilik untuk melihat perarakan pertabalan yang telah dibatalkan. Tetapi suatu kontrak tidaklah mustahil hanya disebabkan berlakunya sesuatu yang menjadikan perlaksanaannya lebih sukar, seperti dalam kes Davis Contractors Ltd lwn Fareham UDC di mana seorang pembina terpaksa menggunakan lebih banyak wang dan masa untuk menyiapkan kerja berbanding dengan upahnya kerana kekurangan tenaga buruh dan bekalan yang tidak dapat dijangka. Dewan Pertuanan menolak tuntutannya untuk kontrak diisytiharkan mustahil untuk membolehkannya menuntut quantum meruit. Disebabkan doktrin kemustahilan ini berpandukan tafsiran kontrak, ia boleh dielakkan melalui klausa-klausa "force majeure". Suatu kontrak juga boleh punyai klausa force majeure yang menjadikannya lebih senang ditamatkan daripada tafsiran common law. Dalam kes The Super Servant Two Wijsmuller BV berkontrak untuk menyewa tongkang boleh pusing kepada J Lauritzen AS, yang mahu menarik suatu kapal dari Jepun ke Rotterdam, tetapi mempunyai peruntukan bahawa kontrak akan terbatal sekiranya berlakunya sesuatu yang berkait 'kebahayaan dan kemalangan di lautan'. Wijsmuller BV juga mempunyai pilihan untuk menyediakan sama ada The Superservant One atau Two. Mereka pilih Two dan ianya karam. Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kemustahilan untuk melaksanakan janji adalah disebabkan pilihan yang dibuat oleh Wijsmuller dan kontrak tidaklah dianggap mustahil, tetapi klausa force majeure memang merangkuminya. Kesan daripada kontrak mustahil adalah bahawa kedua-dua pihak dilepaskan daripada terikat dengan janji-janji mereka. Sekiranya satu pihak telahpun membayar wang atau apa jua balasan berharga, tetapi masih belum mendapat apa-apa tukaran, bertentangan dengan kedudukan common law sebelumnya, Akta Pembaharuan Undang-Undang (Kontrak Mustahil) 1943 memberikan mahkamah budi bicara untuk membenarkan plaintif menuntut 'jumlah berpatutuan', dan ini bermaksud apa yang mahkamah fikirkan berpatutan dalam keadaan yang timbul.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.
Ketahui lebih lanjut tentang Kontrak di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |