Muka depan ukiran Vladimir pada salah satu syilingnya. Beliau dinobatkan dalam gaya Byzantine, memegang tongkat silang di satu tangan dan trisula yang diilhamkan oleh Khazar di tangan yang lain.
Vladimir I Sviatoslavich atau Volodymyr I Sviatoslavych (Bahasa Slav Timur Kuno: Володимѣръ Свѧтославичь, rumi: Volodiměr Svętoslavičcode: orv is deprecated ; Nama Kristian: Basil; s. 958 – 15 Julai 1015), diberi gelaran "Vladimir Agung", ialah seorang Pengiran Novgorod bermula tahun 970 dan kemudian menjadi Pengiran Besar Kiev bermula tahun 978 sehingga kemangkatannya pada tahun 1015.Gereja Ortodoks Timurmenobatkannya sebagai Saint Vladimir.
Ayahanda Vladimir ialah Sviatoslav I dari Dinasti Rurik. Selepas kematian bapanya pada tahun 972, Vladimir yang ketika itu merupakan pengiran di Novgorod, terpaksa melarikan diri ke luar negara selepas abangnya Yaropolk membunuh saudaranya yang lain bernama Oleg pada tahun 977 untuk menjadi pemerintah tunggal di Rusia. Vladimir mengumpulkan tentera di Varanger dan kembali untuk menggulingkan Yaropolk pada tahun 978. Menjelang tahun 980, Vladimir telah menyatukan kerajaannya sehingga mencecah Laut Baltik dan mengukuhkan sempadan perbatasan menentang pencerobohan orang Bulgaria, suku Balt dan nomad Timur. Pada asalnya yang juga merupakan pengikut paganisme Slav, Vladimir memeluk agama Kristian pada tahun 988, dan mengkristiankan penduduk Rus Kievan.
Nota
^Volodiměrъ merupakan bentuk Slav Timur Kuno nama diberi; bentuk ini dipengaruhi dan diganti separa oleh bentuk dalam Bahasa Bulgaria Kuno (Bahasa Slav Gereja Kuno) Vladiměrъ (juga dieja dalam bentuk Vladimirъ menurut etimologi rakyat terkemudian; dalam bahasa-bahasa Slav Timur Moden, nama diberi pula dikemas sebagai Belarus: Уладзiмiрcode: be is deprecated (Uladzimir), Rusia: Владимирcode: ru is deprecated (Vladimir) dan Bahasa Ukraine: Володимир (Volodymyr). Sila lihat Vladimir (nama) untuk maklumat lanjut.
^Kevin Alan Brook (2006). The Jews of Khazaria (ed. 2nd). Rowman & Littlefield Publishers. m/s. 154. ISBN978-1-442203-02-0.
^Александров А. А. Ольгинская топонимика, выбутские сопки и руссы в Псковской земле // Памятники средневековой культуры. Открытия и версии. СПб., 1994. С. 22—31.
Golden, PB (2006) "Rus." Ensiklopedia Islam (Brill Online). Eds. : P. Bearman, Th. Bianquis, CE Bosworth, E. van Donzel dan WP Heinrichs. Brill.
Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awam: Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Vladimir, St". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press.