xikers | |
---|---|
![]() | |
![]() xikers di Lapangan Terbang Incheon | |
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | 싸이커스 |
Berasal dari | Seoul, Korea Selatan |
Genre | |
Penampilan sulung | 30 Mac 2023 melalui karya album mini House of Tricky: Doorbell Ringing |
Tahun aktif | 2023–kini |
Syarikat pengurusan | KQ Entertainment |
Laman sesawang | kqent |
Ahli |
|
Xikers (digayakan dalam semua huruf kecil) ialah kumpulan muzik lelaki dari Korea Selatan yang ditubuhkan oleh syarikat KQ Entertainment, di mana kumpulan ini terdiri daripada sepuluh orang anggota. Mereka membuat penampilan sulung pada 30 Mac 2023 melalui album mini House of Tricky: Doorbell Ringing. Penerbit utama kumpulan ini ialah Eden.
Kumpulan Xikers memperoleh nama mereka daripada gabungan huruf "x" yang melambangkan koordinat dan perkataan "hiker", yang bermaksud pengembara. Secara keseluruhannya, nama kumpulan ini merujuk kepada "jejaka yang mengembara melalui masa dan ruang untuk mencari koordinat".
Xikers terdiri daripada sepuluh orang anggota, di mana sembilan daripadanya merupakan warganegara Korea Selatan manakala seorang lagi ialah warganegara Thai.
Nama | Pengenalan ringkas | |
---|---|---|
Pentas | Penuh | |
Minjae | Kim Min-jae (김민재 · 金珉縡) |
|
Junmin | Park Jun-min (박준민 · 朴峻民) |
|
Sumin | Choi Su-min (최수민 · 崔粹珉) |
|
Jinsik | Ham Jin-sik (함진식 · 咸珍植) |
|
Hyunwoo | Choi Hyun-woo (최현우 · 崔峴瑀) |
|
Junghoon | Kim Jung-hoon (김정훈 · 金正勛) |
|
Seeun | Park Se-eun (박세은 · 朴世殷) |
|
Yujun | Jung Yu-jun (정유준 · 鄭有峻) |
|
Hunter | Papung-korn Lertkiatdamrong (ปภังกร เลิศเกียรติดำรงค์) |
|
Yechan | Lee Ye-chan (이예찬 · 李豫讚) |