Zaibo | |
---|---|
Kelahiran | Zainal Ariffin bin Abdul Hamid 19 Disember 1956 |
Meninggal dunia | 14 November 2018 | (umur 61)
Sebab kematian | Kanser Esofagus |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Rengit Batu Pahat |
Pendidikan | Ijazah dalam Pengajian Seni |
Pusat pendidikan | Universiti Sains Malaysia (USM) |
Pekerjaan | Pelakon, penari, pelawak, pengacara |
Tahun aktif | 1970–2018 |
Terkenal kerana | Watak Pak Selamat dalam sitkom Spanar Jaya |
Pasangan | Siti Hawa Shawal (k. 2010–2018) |
Anak-anak | 9 |
Zainal Ariffin Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Zaibo (19 Disember 1956 – 14 November 2018) merupakan seorang pelakon, pelawak, dan penari Malaysia, berasal dari Padang Besar, Perlis.
Beliau mula dikenali dengan lakonannya dalam beberapa sitkom dan drama-drama terbitan Malaysia dan Singapura. Semasa masih muda pada tahun 70-an dan 80-an, dia pernah menari ala-John Travolta. Beliau juga merupakan salah seorang pelakon drama siri tarian Tari Tirana di TV3, memegang watak Haji Mohsen iaitu datuk kepada pelakon utama wanita, Tirana (lakonan Wan Sharmila).
Sepanjang kerjayanya, Zaibo turut berlakon dalam beberapa filem termasuk Queen Control (1992), sebelum berlakon dalam Soalnya Siapa? (2002). Kemudian pada tahun 2008, beliau berlakon dalam filem Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib (2008) dan pada 2010 dalam filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie.
Beliau juga pernah meminjamkan suaranya untuk watak Tok Din dan Mustafa (musim 1 sahaja) dalam siri animasi Kampung Boy karya Lat. Beliau turut menjadi pengkritik tetap musim ketiga Raja Lawak.
Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusof dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.
Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Siti Hawa Syawal pada 3 Disember 2010, dan memiliki sembilan anak tiri. Hubungan mereka sebagai sahabat yang terjalin selama 15 tahun sebelum kedua-dua mereka mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Zaibo mendapat pendidikan ijazah dalam bidang Seni Persembahan dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1984.
Zaibo telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 14 November 2018 pada jam 1:30 petang di Rengit, Johor. Berita pemergiannya itu telah disahkan oleh anaknya sendiri, Hafiz melalui laman Facebooknya.
Tahap kesihatan beliau sebelum ini terjejas selepas dikesan menghidap kanser esofagus tahap empat sejak November 2018.
Sepanjang Allahyarham bertarung dengan kansernya, khabar Zaibo hanya diketahui umum apabila ada rakan-rakan artis atau wartawan yang berkongsi tentangnya menerusi media sosial.
Allahyarham dimandikan dan disolatkan di rumah beliau dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Rengit, Batu Pahat selepas solat Isyak.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1992 | Gelora Cinta | Filem pertama | |
Queen Control | |||
1995 | Putera | Tamrin | |
1996 | Super Star | ||
1999 | Tarzan | Tantor | Alih suara BM |
Anna and the King | Pedagang Siam | Penampilan pertama untuk filem Hollywood | |
2000 | Soal Hati | Osman | |
2002 | Soalnya Siapa? | ||
Cinta 200 Ela | Abang Ali | ||
2003 | City Sharks | Petani | Filem Singapura |
Aku Kaya The Movie | Tok Ketua Alalatok | ||
2005 | Pontianak Harum Sundal Malam II | Penarik Beca | |
2006 | Buli Balik | Pak Osman Orang Tua Gatal | Pelakon undangan |
Tentang Bulan | Guru Mengaji | ||
2008 | Senario The Movie: Episode 1 | Pengurus Zoo (pencerita) | Penampilan khas |
Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib | Wan/Mr. Aligator | ||
2010 | Lu Pikirlah Sendiri de Movie | Boss | |
Senario Asam Garam | Asam | ||
Magika | Nujum Pak Belalang | ||
Cuti-Cuti Cinta | Tan Sri Zaini | ||
2011 | Kembar Siang | Haji Sabran | |
Ratu The Movie | Penganjur | Penampilan khas | |
2012 | Man Sewel Datang KL | Pak Din | |
Untuk Tiga Hari | Rusdi | ||
2013 | Awan Dania The Movie | Orang Buta | |
Laki-Laki | Dr. Roslan | ||
2014 | Manisnya Cinta Di Cappadoccia | Ayah Ifti Liyana | |
2015 | Ada Apa Dekat Bas Stop | Pak Leman | |
2016 | Lu Mafia Gua Gangster | Tuan Direktor | Filem terakhir |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1990 | Platform | TV1 | ||
1995–2003 | Under One Roof | Yusof | Mediacorp Saluran 5 | Sitkom |
1999–2005 | Spanar Jaya | Pak Selamat | ntv7 | Sitkom |
1997–1998 | Kampung Boy | Tok Din / Mustafa | Astro Ria | Suara |
2000 | Pi Mai Pi Mai Tang Tu | Pak Itam | TV3 | Episod: "Suraya" |
Episod: "Ane" | ||||
2009 | Ceplos | Encik Samad | TV9 | |
Tok Ketua | Omar Abdullah | Astro Warna | Sitkom | |
2009–2010 | Tari Tirana | Haji Mohsin | TV3 | |
2010 | Halimah Jongang The Series | Pak Deris | Astro Prima | |
Bila Musang Berjanggut | Tok Mambang | TV3 | ||
2011–2013 | 6 Progresif | Cikgu Ahmad | TV9 | |
2012 | Antara Kita | TV Okey | ||
2018 | Melankolia | Pak Abu | TV3 | Drama terakhir sebelum meninggal dunia |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1996 | Asam Garam Hidup | ||
1997 | Dekat Tapi Jauh | ||
2002 | Aku Kaya | Pak Din | VCD |
Esok Hari Raya | |||
2003 | Dee & Moon | ||
Neon | Pelanggan Kedai Runcit I | VCD | |
2009 | Antara Garisan | Tok Imam | Astro Ria |
2010 | Madu Sorok | TV3 | |
2014 | Insyirah | ||
2017 | Restu Ramadan | Pak Daud | TV3 |
Fatonah Azali | Pak Tam |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Raja Lawak (Musim 2) | Juri | Astro Prima | bersama Enot & Harun Salim Bachik |
2009 | Raja Lawak (Musim 3) | bersama Fauziah Nawi & Shamsul Ghau Ghau | ||
2010–2014 | Pelik Tapi Sedap | Pengacara | TV1 | mengacara bersama Zamzarina Zambri |
2014 | Redah Kasi Pecah Ekstravaganza | Astro Warna | ||
2018 | Di Balik Tawa (Musim 2) | Dirinya sendiri | Penampilan terakhir |
|1=
(bantuan)