Genting Gaza | |
---|---|
Bendera Palestin | |
Status |
|
Ibu negara | Bandar Gaza 31°30′53″N 34°27′15″E / 31.51472°N 34.45417°E |
Bandar terbesar | Bandar Gaza |
Bahasa rasmi | Arab |
Kumpulan etnik | Palestin |
Demonim | Orang Gaza Orang Palestin |
Kerajaan | Monarchy |
Badan perundangan | Election of the Palestine |
Keluasan | |
• Jumlah | 365 km2 (141 bt2) |
Populasi | |
• Perkiraan 2022 | 2,375,259 |
6,507/km2 (16,853.1/sq mi) | |
Mata wang | Sheqel Baru Israelb (ILS) |
Zon waktu | UTC+2 (Waktu Piawai Palestin) |
• Musim panas (DST) | UTC+3 (Waktu Musim Panas Palestin) |
Kod panggilan | +970 |
Kod ISO 3166 | PS |
Sekarang sebahagian dari | Negara Palestin |
|
Genting Gaza atau Gaza sahaja ialah sebuah enklaf Palestin di pantai timur Laut Mediterranean. Kawasan ini merupakan salah satu dari wilayah Palestin yang bersempadan dengan Mesir di sebelah barat daya dan di sebelah utara dan timur. Kedua-dua Genting Gaza dan Tebing Barat membentuk negara Palestin, semasa berada di bawah Penduduk rakyat Palestin sejak 1967.
Wilayah-wilayah Gaza dan Tebing Barat dipisahkan oleh wilayah palestin. Walaupun kedua-dua wilayah itu di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Palestin, Genting Gaza ditadbir oleh Hizbullah Hamas, pertubuhan fundamentalis Islam yang berkuasa sejak pilihan raya terakhir pada tahun 2006. Sejak itu, , menghalang orang dan barangan daripada bebas memasuki atau meninggalkan wilayah dan lalu menyebabkan wilayah itu sering dipanggil sebagai "penjara terbuka".
Genting ini berpanjangan 41 kilometer (25 bt), dari 6–12 kilometer (3.7–7.5 bt) lebar dan mempunyai jumlah keluasan 365 kilometer persegi (141 bt2). Dengan bilangan penduduk sekitar 2 juta orang, Gaza dianggap sebuah unit politik peringkat teratas dan menduduki tempat ke-3 paling padat penduduk di dunia. Sunni Muslim membentuk sebahagian besar penduduknya dan genting ini memiliki sebilangan kecil penduduk
Gaza dahulu sebahagian daripada Empayar Uthmaniyah sebelum diduduki oleh United Kingdom (1918–1948), Mesir (1948–1967), dan kemudian Israel, yang pada tahun 1993 memberi Pihak Berkuasa Palestin di Gaza tadbir urus sendiri yang terhad melalui Perjanjian Oslo. Sejak tahun 2007, Genting Gaza telah diperintah de facto oleh Hamas, yang mendakwa mewakili Negara Palestin dan orang Palestin.
Pada Ogos 2005, tentera Israel telah berundur dari jajahan persisiran dan perdana Menteri Israel ketika itu, Ariel Sharon menjanjikan Israel yang lebih selamat.
Pihak Hamas kemudiannya muncul sebagai kuasa politik dalam kekosongan politik yang terhasil itu, bagaimanapun Israel masih mengekalkan cengkaman kepada Genting Gaza, mengawal laluan darat utama ke Israel, ruang udara Gaza dan perairan ke pantai Mediterraneannya.
Pada Januari 2006, pihak Palestin, dengan sokongan pentadbiran Bush, mengadakan pilihan raya perundangan. Pihak Hamas menang majoriti akibat apa yang dikatakan kelemahan dan korupsi pihak Fatah di bawah pimpinan Abbas.
pentadbiran Bush yang tidak senang dengan kejayaan pihak Hamas menentang usaha pihak Arab bagi membentuk kerajaan bersama Palestin dan mula menekan Abbas untuk menyingkir pihak Hamas.
Mahmoud Abbas kemudiannya mengisytiharkan Hamas sebagai gerakan haram dan pada Jun 2007, pihak Hamas bertindak balas dan merampas Gaza, menyingkir pasukan Fatah keselamatan yang dilatih pihak Amerika keluar. Pihak Amerika Syarikat dan Israel memberi sokongan kepada Abbas dan mengenakan sekatan ekonomi terhadap Gaza.
Dengan tamatnya perdamaian yang di anjur oleh pihak Mesir pada Disember 2008 dan akibat sekatan ekonomi oleh pihak Israel, pihak Hamas mula melancarkan serangan roket dari Gaza terhadap pihak Israel.
Pihak Israel kemudian bertindak balas dan mula menyerang Gaza pada 2008. Mereka bagaimanapun berundur tanpa mencapai matlamat mereka bagi memusnahkan keupayaan Hamas melancarkan serangan roket terhadap pihak Israel.
an enclave bounded by the Mediterranean Sea, Israel and Egypt.
Palestinians under occupation in the West Bank and Gaza constitute a majority (demographically) with representation by the Palestinian National Authority (PNA), a self-governing body run by Fatah in the West Bank, and by Hamas in the Gaza Strip
Since taking sole control of Gaza in June 2007, Hamas has proven itself to be a remarkably resilient and resourceful government entity. The movement has clearly entrenched itself as the hegemonic power in the coastal enclave to such an extent that the International Crisis Group contends that the power struggle in Gaza is no longer between Hamas and Fatah. Rather the main source of confrontation is between Hamas and other more hardline Islamists and salafists. . . Hamas has been far more successful in an administrative sense than the Palestinian Authority in the West Bank, despite having access to only a fraction of the resources.
Hamas's democratic victory, however, was short-lived . .followed as it was in June 2006 by an Israeli and US-led international political and economic boycott of the new Palestinian government. The boycott amounted to a form of collective punishment against the entire Palestinian population and, to my knowledge, was the first time in the history of the conflict that the international community imposed sanctions on the occupied rather than the occupier.
Ketahui lebih lanjut tentang Genting Gaza di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |