Nama
|
Bertindih sejak
|
Pengiktirafan
|
Maklumat lebih lanjut
|
Rujukan
|
Abkhazia
|
1992
|
Kemerdekaan Abkhazia diiktiraf oleh enam buah negara anggota PBB (Rusia, Nicaragua, Venezuela, Nauru, Tuvalu dan Vanuatu) dan tiga negara bukan anggota PBB (Ossetia Selatan, Nagorno-Karabakh dan Transnistria). Kesemua negara anggota PBB lainnya mengiktiraf wilayahnya sebagai bahagian de jure kepada Georgia.
|
Hubungan luar negeri Abkhazia, Pengiktirafan antarabangsa Abkhazia dan Ossetia Selatan
|
|
Arab Sahrawi
|
1976
|
Sahara Barat merupakan subjek dari berbagai klaim yang saling bertentangan: Maghribi mengklaim kesemua wilayahnya dan menduduki sebahagian besar dari padanya, sementara Republik Demokratik Arab Sahrawi (RDAS) hanya menguasai Zon Bebas tetapi juga mengklaim kedaulatan penuh atas kesemua wilayahnya. Kemerdekaan Sahara Barat di bawah kedaulatan RDAS diiktiraf oleh 84 negara anggota PBB dan Kesatuan Afrika. Sahara Barat diiperakui sebagai bahagian de jure dari Maghribi oleh 25 negara anggota PBB dan Liga Arab. Seluruh negara anggota PBB lainnya tidak iktiraf kedua negara memiliki hak de jure atas wilayah tersebut; wilayah tersebut termasuk dalam Senarai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Wilayah Tanpa Pemerintahan Sendiri sejak dimasukkan pada 1960-an sebagai Sahara Sepanyol.
|
Hubungan luar negeri Republik Demokratik Arab Sahrawi
|
|
Republik China (Taiwan)
|
1949
|
Republik Rakyat China (RRC) dan Republik China (dikenali secara umum sebagai "Taiwan") menyokong Dasar Satu China yang menyatakan bahwasanya China secara de jure merupakan suatu entiti berdaulat tunggal yang meliputi wilayah yang saat ini berada di bawah penguasaan RRC dan Taiwan. Taiwan diiktiraf sebagai satu-satunya pemerintahan China yang sah oleh 22 negara anggota PBB dan Vatican. Berdasarkan Resolusi Majlis Umum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2758, RRC merupakan satu-satunya pemerintahan China yang sah, suatu kedudukan yang juga diambil oleh negara anggota PBB yang lainnya. Banyak negara memiliki hubungan tidak rasmi dengan Taiwan.
|
Status politik Taiwan, Hubungan luar negeri Taiwan
|
|
Kosovo
|
2008
|
Kemerdekaan Kosovo diiktiraf oleh 108 buah negara anggota PBB, Taiwan, dan beberapa organisasi antarabangsa. Seluruh negara anggota PBB lainnya mengiktiraf wilayahnya sebagai bahagian de jure kepada Serbia. PBB telah mengelola kerajaan wilayah ini sejak 1999 melalui United Nations Interim Administration Mission in Kosovo, dengan kerja sama dari Kesatuan Eropah sejak 2008. Berdasarkan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa 1244, Kosovo tetap merupakan bahagian dari Yugoslavia (di mana Serbia merupakan negara penerusnya), menunggu suatu penyelesaian politik untuk menentukan status akhirnya.
|
Hubungan luar negeri Kosovo, Pengiktirafan antarabangsa Kosovo
|
|
Ossetia Selatan
|
1991
|
Kemerdekaan Ossetia Selatan diiktiraf oleh lima negara anggota PBB (Rusia, Nicaragua, Venezuela, Tuvalu dan Nauru) dan tiga negara bukan anggota PBB (Abkhazia, Nagorno-Karabakh dan Transnistria). Kesemua negara anggota PBB lainnya mengakui wilayahnya sebagai bahagian de jure kepada Georgia.
|
Hubungan luar negeri Ossetia Selatan, Pengiktirafan antarabangsa Abkhazia dan Ossetia Selatan
|
|
Palestin
|
1988
|
Negara Palestin diiktiraf oleh 132 negara anggota PBB, Republik Demokratik Arab Sahrawi, Vatican, Liga Arab, dan Pertubuhan Kerjasama Islam, setelah Pengisytiharan Kemerdekaan Palestin oleh Pertubuhan Pembebasan Palestin. Misi Palestin memiliki status diplomatik atau istimewa di 22 negara anggota PBB lainnya dan Kesatuan Eropah. Israel tidak mengakui negara Palestin. Akan tetapi, sebagai hasil dari Perjanjian Oslo dan Perjanjian Sementara Israel-Palestin, kerajaan Israel telah mengalihkan bidang kuasa tertentu dan tanggung jawab pemerintahan sendiri kepada Pihak Berkuasa Palestin, yang terbagi pada wilayah Tebing Barat dan Gaza. PBB mengiktiraf Palestin sebagai entiti bukan anggota dengan status ahli pengamat.
|
Hubungan luar negeri Pihak Berkuasa Palestin
|
|
Republik Turki Cyprus Utara
|
1983
|
Kemerdekaan Cyprus Utara diiktiraf oleh satu negara anggota PBB, Turki. Kesemua negara anggota PBB lainnya mengiktiraf wilayahnya sebagai bahagian de jure kepada Cyprus. Pertubuhan Kerjasama Islam memberikan status pengamat kepada Cyprus Utara.
|
Hubungan luar negeri Republik Turki Cyprus Utara
|
|