Sir Hans Adolf Krebs | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 22 November 1981 | (umur 81)
Warganegara | Jerman |
Kerakyatan | United Kingdom ((naturalisasi, sejak 1939) |
Pusat pendidikan | Universiti Göttingen Universiti Freiburg Universiti Berlin Universiti Hamburg |
Terkenal kerana | Kitaran Krebs Larutan Krebs–Henseleit Kitaran Krebs–Henseleit Kitaran glioksilat |
Pasangan | Margaret Cicely Fieldhouse (k. 1938) |
Anak-anak | Paul, John dan Helen |
Anugerah | Albert Lasker Award for Basic Medical Research (1953) Hadiah Nobel dalam Fisiologi dan Perubatan (1953) Pingat Diraja (1954) Pingat Copley (1961) |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Internal medicine, biokimia |
Institusi | Kaiser Wilhelm Institute for Biology Universiti Hamburg University of Cambridge University of Sheffield Universiti Oxford |
Hans Adolf Krebs (25 Ogos 1900 – 22 November, 1981) merupakan seorang doktor dan ahli biokimia British kelahiran Jerman. Beliau merupakan saintis perintis dalam kajian Respirasi sel iaitu suatu laluan biokimia sel untuk tujuan penghasilan tenaga dalam badan. Beliau paling dikenali kerana menemukan dua tindak balas kimia penting dalam tubuh badan manusia, iaitu kitaran-kitaran urea dan asid sitrat; kitaran kedua ini meraih beliau Hadiah Nobel dalam Fisiologi atau Perubatan pada tahun 1953. Beliau turut menemui kitaran glioksilat - suatu jenis kitaran asid sitrat yang terdapat dalam tumbuhan, bakteria, protis dan kulat - bersama Hans Kornberg.
Krebs dilahirkan di Hildesheim, Jerman, sebagai anak tengah kepada Georg Krebs - pakar bedahu telinga, hidung dan tekak - dan Alma Krebs (nama akhir asal Davidson).
Hans dikerahkan ke dalam Tentera Darat Empayar pada September 1918 menghampiri penghujung Perang Dunia Pertama, ketika beliau sedikit lagi hendak menghabiskan persekolahannya. Hans dibenarkan mengambil suatu peperiksaan kecemasan untuk ijazah sekolah tinggnya, di mana beliau mendapat skor yang agak tinggi sehingga disyaki para pengawal peperiksaan.
Kehidupan Hans sebagai seorang saintis yang dihormati terhenti sewaktu kebangkitan Hitler pada tahun 1933 yang berkuasa, di mana pemerintahan Adolf mengenakan undang-undang yang memutuskan pelucutan semua bukan orang Jerman, dan anti-Nazi, dari pekerjaan profesional mereka; termasuklah Krebs yang berketurunan Yahudi. Krebs menerima surat pemecatan rasmi beliau dari pekerjaannya pada bulan April 1933, dan perkhidmatan telah ditamatkan pada 1 Julai 1933. Frederick Gowland Hopkins dari Universiti Cambridge segera datang menyelamatkan beliau dengan meyakinkan universiti tersebut untuk merekrut Krebs bekerja bersamanya dalam Jabatan Biokimia universiti itu.Krebs menetap di Cambridge pada Julai 1933 dengan sokongan kewangan dari Yayasan Rockefeller. Dia dilantik sebagai Demonstrasi dalam biokimia pada tahun 1934. Pada tahun 1935, Universiti Sheffield menawarkannya suatu kerusi Pensyarah Farmakologi, dengan kemudahan makmal yang lebih luas serta gaji yang lebih banyak - beliau bekerja di sana selama 19 tahun. Universiti Sheffield membuka sebuah Jabatan Biokimia (kini Jabatan Biologi Molekul dan Bioteknologi) pada tahun 1938 di mana Krebs menjadi Ketua pertamanya, dan akhirnya seorang Profesor pada tahun 1945.
Krebs meninggal dunia pada 22 November 1981 di Oxford.