Heinz Guderian | |
---|---|
Ketua Staf Am Markas Besar Tentera Darat Jerman | |
Dalam jawatan 21 Julai 1944 – 28 Mac 1945 | |
Pemimpin | Adolf Hitler |
Didahului oleh | Adolf Heusinger |
Digantikan oleh | Hans Krebs |
Butiran peribadi | |
Lahir | Heinz Wilhelm Guderian 17 Jun 1888 Kulm, Prusia Barat, Prusia, Empayar Jerman (sekarang Chełmno, Poland) |
Meninggal dunia | 14 Mei 1954 Schwangau, Bavaria, Jerman Barat | (umur 65)
Pasangan | Margarete Goerne (k. 1913) |
Anak-anak |
|
Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak |
Tandatangan | |
Perkhidmatan ketenteraan | |
Nama samaran | Schneller Heinz Hammering Heinz |
Kesetiaan | Empayar Jerman (1907–1918) Republik Weimar (1919–1933) Jerman Nazi (1933–1945) |
Perkhidmatan/cawangan | Tentera Darat Imperial Jerman Reichsheer Tentera Darat Jerman |
Tahun perkhidmatan | 1907–1945 |
Pangkat | Generaloberst |
Unit | Panzer |
Perkhidmatan | Divisyen Ke-2 Panzer Kor XVI Kor XIX Tentera Darat Ke-2 Panzer |
Pertempuran |
Heinz Wilhelm Guderian (17 Jun 1888–14 Mei 1954) ialah seorang Jeneral tentera Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Beliau seorang pelopor peperangan berperisai, dan merupakan seorang pendokong penggunaan kereta kebal dan penjenteraan Wehrmacht (Angkatan Tentera Jerman). Pasukan panzer (armor) Jerman dibangunkan di bawah arahannya sebagai Ketua Pasukan Bergerak. Beliau merupakan komander pasukan panzer yang berjaya dalam beberapa kempen Perang Dunia Kedua, dan menjadi Inspektor Jeneral Pasukan Armor, dinaikkan pangkat ke Generaloberst ("Kolonel Jeneral"), dan merupakan Ketua Staf Am Heer (Tentera Darat Jerman) pada tahun terakhir Perang Dunia Kedua.
Tentera Darat Jerman mencetuskan idea menembusi barisan statik dengan meengguna penumpuan angkatan gabungan kesemua cabang tentera semasa Perang Dunia Pertama, yang mereka gerakkan pada Serangan Musim Bunga pada tahun 1918. Namun, mereka gagal mendapat keputusan muktamad oleh sebab unsur-unsur bulus berjalan kaki dan tidak dapat mengekalkan momentum serangan awal.
Infantri berkenderaan merupakan kunci pengekalan penerobosan, dan sehingga tahun 1930-an, idea itu tidak dapat dilaksanakan. Marsyal Soviet Mikhail Tukhachevsky mengembangkan idea itu akan tetapi doktrinnya dicemuh sebagai bertentangan dengan prinsip-prinsip Komunis dan beliau di hukum mati pada tahun 1937.
Guderianlah orang yang pertama yang mengembang serta menyokong strategi blitzkrieg dan mengilap doktrin ke dalam bentuk lengkapnya. Beliau meringkaskan taktik bitzkrieg scabai cari bagi mewujudkan angkatan di mana divisyen-divisyen armor dan berkenderaan bekerja bersama-sama dan saling membantu demi mencapai kejayaan muktamad. Dalam bukunya Ketua Panzer, beliau menulis:
Dalam tahun ini (1929) saya menjadi yakin bahawa kereta kebal yang bergerak dalam kelompok sendir atau bersama-sama infantri tidak akan dapat mencapai kejayaan bermakna. Kajian sejarah saya; latihan ketenteraan yang dilakukan di England dan pengalaman kita dengan pengolokan armor meyakinkan saya bahawa kereta kebal tidak akan dapat memberi kesan penuh jika senjata bantuan yang diperlukan tidak dinaik taraf ke standard kereta kebal dari segi kelajuan dan prestasi merentas desa. Dalam formasi sedemikian, kereta kebal semestinya perlu memainkan peranan utama; senjata-senjata lain digunakan mengikut keperluan armor. Adalah salah jika kereta kebal diletakkan dalam divisyen infantri: apa yang diperlukan ialah divisyen armor yang dimasukkan kesemua pasukan agar dapat bertempur dengan kesan sepenuhnya.
Guderian mempercayai bahawa perkembangan teknologi tertentu perlu berlaku selari dengan blitzkrieg bagi memastikan kejayaan keseluruhan teori, terutamanya dalam bidang komunikasi dan peralatan visual khusus yang perlu dibekalkan kepada divisyen armor amnya, dan kereta kebal khususnya. Dalam tahun 1933 Guderian berkeras, dalam pemerintahan tinggi, bahawa setiap kereta kebal dalam angkatan armor Jerman perlu dilengkapi radio dan peraltan visual agar dapat membolehkan komander kereta kebal berkomunikasi dan berperanan sebagai penentu dalam blitzkrieg.
Pada Perang Dunia Kedua, Guderian mula-mula berkhidmat sebagai panglima Kor ke-XIX dalam serangan terhadap Poland. Beliau sendiri memimpin angkatan Jerman dalam Pertempuran Wizna dan Pertempuran Kobryn, sekaligus menguji teorinya dengan keadaan nyata peperangan buat kali pertama. Selepas serangan itu beliau mengusir tuan punya hartanah (orang Poland) di kawasan Warthegau Poland dan mengambil alih hartanah tersebut. Guderian memaklumkan Erich von Manstein bahawa beliau diberi senarai estet Poland yang dikajinya buat beberapa hari sebelum membuat keputusan hartanah mana yang akan diambilnya; selepas Perang, beliau menukar haribulan dan keadaan pemilikan hartanah bagi menggambarkan bahawa pemilikan hartanah tersebut sebagai hadiah sah buat persaraannya.
Dalam operasi Fall Gelb, beliau memimpin serangan yang merentasi Hutan Ardennes, menyeberangi sungai Meuse dan menembusi barisan pertahanan Perancis di Sedan. Sewaktu kempen Perancis, beliau mengetaui pasukan Panzernya dalam kemaraan pantas ala blitzkrieg dan diberi nama cembung "Der schnelle Heinz" (Heinz yang pantas) oleh anggotanya. Grup panzer Guderian mengepalai "perlumbaan ke laut" yang membahagikan kepada dua tentera Berikat, dan seterusnya menghalang tentera Perancis dan Pasukan Ekspedisi British (British Expeditionary Force, BEF) di utara Perancis dan Belgium daripada mendapat bekalan minyak, makanan, alat ganti, dan peluru. Berhadapan dengan perintah para ketuanya yang kerisauan agar beliau berhenti mara pada satu ketika, beliau berjaya meneruskan kemaraannya dengan menyatakan bahawa beliau sedang melakukan "tinjauan dengan kekuatan". Jajaran Guderian tidak diberi peluang untuk menghancurkan pertapakan Berikat di Dunkirk berikutan perintah masyhur daripada pemerintahan tingginya.
|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)|isbn=
value: invalid character (bantuan).CS1 maint: ref=harv (link)|trans_title=
ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Heinz Guderian |
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Heinz Guderian |
Pegawai tentera | ||
---|---|---|
Didahului oleh — |
Panglima 2. Panzer-Armee 5 Oktober 1941 – 25 Disember 1941 |
Diikuti oleh: Generaloberst Rudolf Schmidt |
Didahului oleh Kurt Zeitzler |
Ketua Staf Am OKH Julai 1944 – Mac 1945 |
Diikuti oleh: Hans Krebs |
Anugerah dan pencapaian | ||
Didahului oleh Alexander Novikov |
Kulit Depan Majalah Time 7 Ogos1944 |
Diikuti oleh: Sir Arthur Coningham |