Pejuang hak mengundi untuk wanita merupakan gerakan wanita untuk mendapat hak mengundi. Di United Kingdom dan Amerika Syarikat, istilah suffragette digunakan untuk merujuk kepada golongan ini pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.
Di beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jepun pada ketika zaman-zaman dahulu, wanita tidak dibenarkan mengundi; di Amerika Syarikat contohnya, wanita berumur 21 tahun keatas hanya mula-mula dibenarkan mengundi di wilayah Wyoming bermula pada tahun 1869 dan di Utah bermula pada tahun 1870. Di Malaysia pula, hak mengundi lelaki dan wanita diberikan sama rata sejak dari awal penubuhannya lagi.
Ada sebahagian akhbar yang sering memburukkan para pendokong hak sebegini sebagai hanya menyerupai imej kelelakian (yakni, berpakaian sama seperti lelaki dan sebagainya), maka para aktivis ini banyak menunjukkan penampilan kewanitaan mereka sebagai penanda jati diri tersendiri ketika giat memnyatakan perjuangan mereka. Keadaan ini semakin diperkuatkan dengan keterlibatan beberapa kedai terkenal seperti Selfridges dan Liberty yang menjual pakaian dan barangan penjagaan bertemakan pergerakan ini; warna ungu melambangkan martabat dan kesetiaan (loyalty and dignity), putih melambangkan kesucian (purity) dan hijau melambangkan harapan sepertimana yang diusulkan Emmeline Pethick-Lawrence, editor bersama lidah pergerakan WSPU Votes for Women pada tahun 1908.
Banyak tindakan ganas digunapakai para aktivis untuk menyatakan pendirian mereka: surat-surat yang terhantar dalam peti rumah kediaman dibakar atau disimbah asid, tingkap-tingkap kantor dan kedai dipecahkan, talian telefon diputuskan dengan sengajanya bahkan grafiti slogan pergerakan turut muncul di jalanan. Kawasan riadah yang cenderung dihadiri golongan lelaki kaya-raya - misalnya lapangan lumba kuda serta padang-padang kriket dan golf turut divandalkan ketika tiada penonton agar mesej mereka masih dapat disampaikan tanpa menyebabkan sebarang kecederaan.
Keadaan semasa dan setelah Perang Dunia Pertama
Dengan meletusnya Perang Dunia Pertama, para penggiat lama-kelamaan berhenti tunjuk perasaan untuk bertumpu kepada menyalurkan bantuan kepada para askar Britain yang berperang.
Pada Ogos 1914, kerajaan British melepaskan para aktivis ini daripada penjara berikutan suatu pengampunan, dan Pankhurst menamatkan segala kerja militannya tidak lama kemudian.
Bolt, Christine (1993). The Women's Movements in the United States and Britain from the 1790s to the 1920s. Amherst, MA: University of Massachusetts Press. ISBN978-0-870-23866-6.CS1 maint: ref=harv (link)
Crawford, Elizabeth (1999). The Women's Suffrage Movement: A Reference Guide, 1866–1928. London: UCL Press. ISBN978-1-841-42031-8.CS1 maint: ref=harv (link)
Geddes, J. F. (2008). "Culpable Complicity: the medical profession and the forcible feeding of suffragettes, 1909–1914". Women's History Review. 17 (1): 79–94. doi:10.1080/09612020701627977.CS1 maint: ref=harv (link)
Harrison, Brian (2013) . Separate Spheres: The Opposition to Women's Suffrage in Britain. Abingdon: Routledge. ISBN978-0-415-62336-0.CS1 maint: ref=harv (link)
Purvis, June (1995). "The Prison Experiences of the Suffragettes in Edwardian Britain". Women's History Review. 4 (1): 103–133. doi:10.1080/09612029500200073.CS1 maint: ref=harv (link)
Atkinson, Diane (1992). The Purple, White and Green: Suffragettes in London, 1906–14. London: Museum of London. ISBN978-0-904-81853-6.CS1 maint: ref=harv (link)
Hannam, June (2005). "International Dimensions of Women's Suffrage: 'at the crossroads of several interlocking identities'". Women's History Review. 14 (3–4): 543–560. doi:10.1080/09612020500200438.CS1 maint: ref=harv (link)
Leneman, Leah (1995). A Guid Cause: The Women's Suffrage Movement in Scotland (ed. 2nd). Edinburgh: Mercat Press. ISBN978-1-873-64448-5.CS1 maint: ref=harv (link)
Liddington, Jill; Norris, Jill (2000). One Hand Tied Behind Us: The Rise of the Women's Suffrage Movement (ed. 2nd). London: Rivers Oram Press. ISBN978-1-854-89110-5.CS1 maint: ref=harv (link)
Mayhall, Laura E. Nym (2000). "Reclaiming the Political: Women and the Social History of Suffrage in Great Britain, France, and the United States". Journal of Women's History. 12 (1): 172–181. doi:10.1353/jowh.2000.0023.CS1 maint: ref=harv (link)
——— (2003). The Militant Suffrage Movement: Citizenship and Resistance in Britain, 1860–1930. New York, NY: Oxford University Press. ISBN978-0-195-15993-6.CS1 maint: ref=harv (link)
Purvis, June (2002). Emmeline Pankhurst: A Biography. London: Routledge. ISBN978-0-415-23978-3.CS1 maint: ref=harv (link)
Purvis, Jane; Sandra, Stanley Holton, penyunting (2000). Votes For Women. London: Routledge. ISBN978-0-415-21458-2.CS1 maint: ref=harv (link)
Rosen, Andrew (2013) . Rise Up Women!: The Militant Campaign of the Women's Social and Political Union, 1903–1914 (ed. cetakan semula). Abingdon: Routledge. ISBN978-0-415-62384-1.CS1 maint: ref=harv (link)
Smith, Harold L. (2010). The British Women's Suffrage Campaign, 1866–1928 (ed. kemaskini ke-2). Abingdon: Routledge. ISBN978-1-408-22823-4.CS1 maint: ref=harv (link)
Wingerden, Sophia A. van (1999). The Women's Suffrage Movement in Britain, 1866–1928. Basingstoke: Palgrave Macmillan. ISBN978-0-333-66911-2.
Sumber primer
Estelle Sylvia Pankhurst. The suffragette; the history of the women's militant suffrage movement, 1905–1910 (New York Sturgis & Walton Company, 1911).