Pengadilan Terakhir (Memling)

Pengadilan Terakhir oleh Hans Memling, lewat 1460-an, Muzium Negara Poland, Gdańsk.

Pengadilan Terakhir ialah sebuah lukisan kembar tiga yang dikatakan dilukis oleh pelukis dari Flanders, Hans Memling, antara tahun 1467 dan 1471. Ia kini berada di Muzium Negara Poland, di Gdańsk. Lukisan tersebut dipesan oleh Angelo Tani, seorang ejen kerabat Medici di Brugge tetapi ia dilanun oleh Paul Beneke, seorang privatir dari Danzig. Sebuah saman terhadap Liga Hansa menuntut ia dikembalikan kepada Itali. Dahulu ia diletakkan di Basilika Pengangkatan Santa Maria tetapi pada abad ke-20 ia telah dipindahkan ke lokasi sekarang.

Lukisan ini menggambarkan Pengadilan Terakhir semasa kedatangan kedua Yesus Kristus. Panel tengah menggambarkan Yesus duduk dalam menghakimi dunia manakala Malaikat Mikail sedang menimbang jiwa-jiwa dan menyuruh orang yang terkutuk ke neraka (pendosa di dulang kanan Mikail ialah Tommaso Portinari, pemesan lukisan ini); panel sebelah kiri menunjukkan golongan yang terselamat dibimbing ke syurga oleh Santo Petrus dan para malaikat; dan panel sebelah kanan menunjukkan golongan terkutuk diseret ke Neraka.

Rujukan

  1. ^ Apabila lukisan ditutup, Tani dan isterinya ditunjukkan berlutut sambil berdoa.

Pautan luar