Tentera Udara Rusia (Bahasa Rusia: Военно-воздушные cилы России , tr. Voyenno-Vozdushnye Sily Rossii, secara harfiah "Military Air Forces of Russia") adalah cabang dalam Angkatan Aeroangkasa Rusia dan Angkatan Angkasa Rusia , yang ditubuhkan pada 1 Ogos 2015 dengan penggabungan Tentera Udara Rusia dan Pasukan Pertahanan Aeroangkasa Rusia. Tentera Udara moden Rusia pada asalnya ditubuhkan pada 7 Mei 1992 selepas Boris Yeltsin membentuk Kementerian Pertahanan; namun, tentera udara Persekutuan Rusia ini mewarisi keturunan dan tradisi dari Perkhidmatan Udara Imperial Rusia (1912–1917) dan Tentera Udara Soviet (1918–1991).
Tentera Laut Rusia mempunyai pasukan udara bebasnya sendiri, iaitu Pasukan Udara Tentera Laut Rusia, yang merupakan bekas Soviet Aviatsiya Voyenno-morskogo Flota (diterjemah "Aviation of the military-sea fleet"), atau AVMF.
Pejabat tertinggi tentera terdahulu, penggabungan pra-2015.
Panglima Tertinggi Tentera Udara Rusia | Tahun |
---|---|
Jeneral Pyotr Deynekin | (1991–1998) |
Jeneral Anatoly Kornukov | (1998– Januari 2002) |
Jeneral Vladimir Mikhaylov | (Januari 2002 – 9 Mei 2007) |
Kolonel Jeneral Aleksandr Zelin | (9 Mei 2007 – 27 April 2012) |
Kolonel Jeneral Viktor Bondarev | (6 Mei 2012 – 1 Ogos 2015) |
Sejak penggabungan antara Tentera Udara Rusia dan Pasukan Pertahanan Aeroangkasa Rusia pada 1 Ogos 2015, panglima Tentera Udara Rusia sebagai sebahagian dari Angkatan Aeroangkasa Rusia yang baru digelar Timbalan Panglima Tertinggi Angkatan Aeroangkasa Rusia dan Panglima Tentera Udara Rusia. Leftenan Jeneral Andrey Yudin menjadi penyandang pertama jawatan itu.
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tentera Udara Rusia |
Templat:Russian Air Force Templat:Air Forces of the countries former Soviet Union