Vympel R-27 | ||
---|---|---|
Pesawat MiG-29 dari Tentera Udara Jerman melancarkan peluru berpandu AA-10 Alamo semasa menjalani misi latihan menembak dengan menggunakan senjata sebenar. | ||
Penerangan | ||
Jenis | Peluru berpandu udara ke udara taktikal jarak sederhana | |
Pengeluar | Vympel | |
Mula digunakan | 1983 | |
Pengguna | Rusia Ukraine Republik Rakyat China | |
Ciri-ciri umum | ||
Panjang | 4.08 m | |
Diameter | 230 mm | |
Rentang sayap | 0.772 m | |
Berat peluru berpandu | 253 kg | |
Berat kepala peledak | 39 kg, serpihan atau rod bersambung | |
Enjin | Prestasi tinggi, roket dipandu motor | |
Kelajuan | Mac 4 | |
Jarak | 0.2 - 80 km | |
Panduan | Panduan tuju radar separuh aktif | |
Fius | Berdekatan radar dan hentaman | |
Platfom pelancaran | Su-27, MiG-29, Mig-23, Yak-141 |
Vympel R-27 (Nama pengenalan NATO AA-10 Alamo, Cyrillic P-27) adalah peluru berpandu udara ke udara taktikal jarak sederhana yang dibangunkan oleh Kesatuan Soviet. Ia masih lagi berkhidmat dengan negara CIS dan Tentera Udara Rusia.
R-27 dikeluarkan dalam kedua-dua versi iaitu panduan tuju inframerah (R-27T) dan panduan tuju radar separuh aktif (R-27R), ia adalah lebih kurang sama jika dibandingkan dengan peluru berpandu MBDA MICA dari Perancis. Peluru berpandu ini mempersenjatai pesawat Mikoyan MiG-29 dan Sukhoi Su-27, dan beberapa model terdahulu seperti pesawat MiG-23MLD yang juga boleh membawa peluru berpandu ini. Peluru berpandu ini juga dikeluarkan dengan kebenaran berlesen oleh China, lesen pengeluaran diperoleh daripada Ukraine dan bukannya daripada Rusia. Pengeluaran berlesen oleh China tidak termasuk versi panduan tuju radar aktif, dan China telah membangunkan versi mereka sendiri dengan menggabungkan penjejak radar aktif dari peluru berpandu Vympel R-77 yang dibekalkan oleh Rusia kepada peluru berpandu R-27.