Nahuatl | |
---|---|
Nāhuatlahtōlli, Māsēwallahtōlli, Mexicano | |
Asli kepada | Mexico dan El Salvador |
Etnik | Orang Nahua |
Penutur bahasa | 1.45 juta (2000) |
Bentuk awal | |
Dialek/loghat | |
Status rasmi | |
Bahasa rasmi di | Mexico |
Dikawal selia oleh | Instituto Nacional de Lenguas Indígenas |
Kod bahasa | |
ISO 639-2 | nah |
ISO 639-3 | nci Bahasa Nahuatl KlasikUntuk bentuk moden, sila rujuk Rumpuan bahasa Nahua. |
Bahasa Nawatl (nawatlahtolli terbitan nāhuatl ,[cn 1] Sepanyol: náhuatl ) atau bahasa Mesyika (mexikatlahtolli, Sepanyol: mexicano) adalah satu bahasa dari cabang Nawa rumpun bahasa Uto-Aztek dituturkan oleh kira-kira 1.5 juta orang Nahua yang kebanyakannya tinggal di Mexico Tengah; ada juga yang tinggal di El Salvador dan dikenali sebagai suku Pipil. Ia bahasa peribumi yakni (bukan Eropah) paling banyak dituturkan dalam Mexico. Nawatl telah dituturkan di rantau tengah Mexico sejak seawal abad ke-7 M, bahasa ini mula meluas sepesat Tamadun Toltec terletak di Tula, Hidalgo moden, Mesoamerika pada kurun ke-5 hingga 6 Masihi sepanjang banjaran gunung berapi yang menjangkau dari tengah Mexico ke lautan Teduh mencabang kepada beberapa bahasa serumpun.
Ia merupakan bahasa kaum Aztek yang menguasai kawasan tengah Mexico sewaktu zaman Akhir Pascaklasik dalam sejarah Mesoamerika. Pada berabad-abad sebelum penaklukan Sepanyol terhadap Mexico, Empayar Aztek telah meluas dan menguasai kebanyakan wilayah Mexico, maka pengaruhnya telah menyebabkan bahasa Nawatl tuturan oleh para penduduk Tenochtitlan menjadi loghat baku serantau.
Sewaktu penaklukan apabila datangnya abjad Rumi, bahasa Nawatl turut menjadi bahasa sastera, dan banyak karya riwayat, tatabahasa, puisi, dokumen pentadbiran dan kodeks ditulis dalam bahasa pribumi ini pada abad ke-16 dan ke-17. Bahasa sastera awal yang berasaskan loghat Tenochtitlan ini telah dilabelkan sebagai bahasa Nawatl Klasik dan menjadi antara yang paling banyak dikaji dan disuratkan di benua Amerika.
Tulisan Rumi Sepanyol diperkenalkan para paderi dan pegawai jajahan Sepanyol Baru yang banyak mencatatkan persuratan termasuk urusan pentadbiran dan kisah lisan sezaman dalam beberapa dekad. Sistem paling lama bertahan mula dikembangkan kurun ke-17 oleh rahib Jesuit Horacio Carochi hasil penelitian rakan sebidangnya Antonio del Rincon.
AFA | Ortografi | |||||
---|---|---|---|---|---|---|
Ortografi lama | Penyeragaman (Michel Launey) | |||||
[a], [aː] | a
|
a, ā | ||||
[e], [eː] | e
i kadangkala if in contact with /y/ |
e, ē | ||||
[i], [iː] | i, y atau j | i, ī | ||||
[o], [oː] | o
|
o, ō | ||||
[p] | p | p | ||||
[t] | t | t | ||||
[k] | qu (sebelum i dan e)
c (lain-lain) |
qu (sebelum i dan e)
c (lain-lain) | ||||
[ts] | tz
|
tz | ||||
[tʃ] | ch | ch | ||||
[tɬ] | tl | tl | ||||
[kʷ] | cu
cu, uc, cuh, or c di hujung suku kata |
cu (sebelum huruf vokal)
uc (lain-lain) | ||||
[m] | m
|
m | ||||
[n] | n
seringkali digugurkan sebelum /y/, /w/, dan di hujung kata. |
n | ||||
[s] | z, ç
|
c (sebelum e dan i)
z (lain-lain) | ||||
[ʃ] | x
|
x | ||||
[j] | i, y, j
|
y | ||||
[w] | u, v, rarely hu
/w/ digugurkan antara huruf vokal /o/ dan /a/ |
hu (sebelum huruf vokal)
uh (lain-lain) | ||||
[l] | l
|
l | ||||
[lː] | ll, l | ll | ||||
[ʔ], [h] | h antara huruf vokal atau kadangkala hujung kata
Adakala tidak ditulis langsung atau bertanda ◌̀ |
◌̀ (pada vokal pertama perkataan)
◌̂ (pada vokal hujung perkataan) |
Institut Bahasa-Bahasa Peribumi Mexico (Instituto Nacional de Lenguas Indígenas, INALI) ditubuhkan tahun 2004, berusaha beberapa kali memiawaikan tulisan yang seragam banyak loghat bahasa ini tetapi tidak berhasil. Pembaharuan merumikan bahasa serumpun Nawa akhirnya digiatkan dengan kerjasama penutur dari 16 negeri se-Mexico 2018 menciptakan aturan Yankwiktlahkwilolli ("Tatatulis") bertujuan memutakhirkan perumian bahasa ini.
|1=
(bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
Sumber utama