Mi (Jawi: ميcode: ms is deprecated , kadangkala dieja secara tidak formal sebagai mee atau mie) ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada dohtepungbijirintidak naik yang diuli dan dibentuk terpotong menjadi jaluran nipis leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Bergantung pada jenisnya, mi bolehlah dihidangkan kering atau disejukkan sebelum dimasak.
Sejarah
Peninggalan arkeologi mi tertua yang masih terselamat ditemui di tapak Lajia (budaya Qijia) sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, barat laut China pada Oktober 2005; kajian yang dilakukan pada mi ini mendapati ia diperbuat daripada jenis-jenis sekoiekor musang dan Proso serta diuli dalam bentuk menyerupai mi tarik yang wujud pada hari ini. Catatan bertulis pertama mengenai mi dihasilkan dalam suatu kitab yang ditulis ketika dinasti Han Timur sekitar 25 dan 220 M; mi dibuat dari tepung gandum dicatatkan menjadi pilihan pemakanan masyarakat zaman ini.
Mi diperkenalkan ke rantau Asia Tenggara termasuk kepulauan Nusantara melalui kegiatan perdagangan tidak lewat dari zaman dinasti Ming pada abad ke-14; hal ini turut tercermin dari penyerapan perkataan "mi" berasal daripada sebutan bahasa Hokkien aksara Cina 麪code: zh is deprecated (juga 麵code: zh is deprecated , pinyin: miàn ; "tepung" atau "doh").
Jenis mi mengikut ramuan utama
Telur
Mi telur biasanya diperbuat daripada campuran telur dan tepung gandum.
Mi telur: 'ba mee' (บะหมี่) dalam bahasa Thai, laris didapati di seluruh China dan Asia Tenggara
Mi beras leper, juga dikenali sebagai héfěn atau ho fun (河粉code: zh is deprecated ), kway teow (粿條code: zh is deprecated ) atau sen yai (เส้นใหญ่)
Bihun: juga dikenali sebagai mǐfěn (米粉code: zh is deprecated ) atau sen mee (เส้นหมี่)
Kacang hijau
Mi selofan atau mi kaca, atau bihun kacang hijau; fěnsī (粉絲code: zh is deprecated ) dalam bahasa Cina, harusame (春雨code: ja is deprecated ) dalam bahasa Jepun, soun atau suun dalam bahasa Indonesia, wun sen (วุ้นเส้น) dalam bahasa Thai.
Naengmyeon: Mi Korea yang diperbuat daripada gandum kuda dan kanji kentang manis. Lebih kenyal sedikit berbanding soba.
Jenis hidangan mi
Mi biasa: Mi ini dimasak dalam air atau kuah, lalu disalirkan. Makanan lain boleh dibubuh (contohnya sos pasta) atau mi itu dibubuh pada makanan lain (lihat mi goreng atau lasagna) atau mi boleh disajikan begitu sahaja dengan sos atau minyak celup di atas meja. Secara amnya, mi aalah lembut dan menyerap perisa.
Mi sejuk: Kadang-kadang mi disajikan dalam salad. Contohnya, salad mi kaca Thai yam woon sen. Di Jepun, mi tradisional seperti soba dan somen selalu dihidangkan sejuk dengan sos celup. Sesetengah masakan Barat seperti salad pastar juga memerlukan mi sejuk.
^Lu, Houyuan; Yang, Xiaoyan; Ye, Maolin; dll. (13 October 2005). "Culinary archaeology: Millet noodles in Late Neolithic China". Nature. 437 (7061): 967. doi:10.1038/437967a. PMID16222289.
^Sinclair, Thomas R.; Sinclair, Carol Janas (2010). Bread, beer, and the seeds of change: Agriculture's imprint on world history. Wallingford: CABI. m/s. 91. ISBN978-1-84593-704-1.
^Blust, Robert. "3: Language in society". The Austronesian languages (ed. dikemaskini). Australian National University. m/s. 152. ISBN9781922185075.
Pautan luar
Cari mi dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas.