Artikel ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Darurat Tanah Melayu ضرورت تانه ملايو | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Dingin | |||||||||
| |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
Commonwealth forces:
Republik China (Taiwan) Thailand (Thai–Malaysian border) Amerika Syarikat |
Parti Komunis Malaya Republik Rakyat China Korea Utara Vietnam Utara Mongolia Kesatuan Soviet | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
Harold Briggs
Henry Gurney † |
Chin Peng
Abdullah C.D |
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Malaysia |
Portal Malaysia |
Darurat Tanah Melayu, juga dikenali sebagai Perang Pembebasan Kebangsaan Anti-British oleh pihak Komunis merupakan darurat yang telah diisytiharkan oleh kerajaan British di Malaya dari 1948 sehingga 1978. Darurat ini diikuti dengan penarikan hak-hak sivil (bukan semua hak-hak sivil), pemberian kuasa istimewa kepada pihak polis, dan langkah-langkah lain yang bertujuan untuk mengongkong kegiatan politik berhaluan kiri, terutamanya yang membabitkan Parti Komunis Malaya (PKM). Perang gerila merupakan sebahagian daripada konflik yang berlaku di antara PKM dan parti haluan kiri yang lain dengan kerajaan British bermula dari penyerahan Jepun pada tahun 1945 sehingga perjanjian damai di antara pihak PKM dan kerajaan Malaysia ditandatangani pada Disember 1989.
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu di antara tahun 1942 sehingga 1945 telah menyemarakkan semangat nasionalisme orang-orang Melayu pada masa itu.
Selepas pihak tentera Jepun menyerah kalah kepada pihak British pada 15 Ogos 1945, telah terjadi "kekosongan kuasa" (power vacuum) di Tanah Melayu, terutama sekali di kawasan-kawasan pedalaman.
Kontinjen pertama tentera British hanya tiba di Tanah Melayu pada tanggal 3 September 1945. Ini disusuli dengan ketibaan tentera British di Singapura pada 8 September 1945.
Dalam tempoh masa 7 hari (seminggu) selepas penyerahan Tentera Jepun, berikutan kekosongan kuasa pada waktu itu, anggota-anggota MPAJA (kemudiannya dinamakan sebagai PKM) telah keluar dari hutan-hutan dan mula menunjukkan kekuatan dan kuasa mereka.
Ramai orang-orang Melayu dan tidak lupa juga, individu-individu berbangsa Cina dan India telah diseksa dan dibunuh dengan kejam. Terutama sekali, individu-individu berbangsa Melayu yang telah bertugas sebagai anggota polis di bawah pihak berkuasa Jepun.
Anggota-anggota komunis PKM telah bertindak dengan zalim dan melulu. Tiada langsung perasaan belas kasihan yang ditunjukkan -- terutama sekali kepada mereka-mereka yang disyaki tidak sehaluan dengan perjuangan mereka.
Pembunuhan tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak pada tahun 1948 telah menyebabkan kerajaan persekutuan mengisytiharkan darurat di seluruh kawasan Tanah Melayu. Sebulan kemudiannya, PKM telah diharamkan.
PKM menggunakan strategi, bersekongkol dengan pihak-pihak kesatuan sekerja yang ada pada waktu itu di samping menubuhkan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).
Usaha untuk melakukukan mogok yang mendapat sokongan daripada pihak PKM, walau bagaimanapun, telah gagal dan undang-undang baru telah dibuat oleh pihak British untuk melemahkan PKM.
Darurat kemudiannya diisytiharkan di negeri Johor pada 19 Jun 1948.
Undang-undang Darurat telah diisytiharkan. Antaranya adalah termasuk:
Pada masa darurat, kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa Rejimen Askar Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir-anasir komunis. Mereka dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang seperti meriam, kapal terbang dan kapal laut.
Ketenteraan British juga telah diperketatkan. Polis British dan anggota-anggota Special Branch (SB) telah ditambahkan ke 70,000 orang. Home Guard juga telah diperkenalkan supaya lebih ramai orang boleh menyumbangkan khidmat bantuan mereka dalam membanteras kegiatan komunisme. Lebih kurang 200,000 anggota Home Guard berjaya direkrut. Bantuan ketenteraan daripada Negara-negara Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan Perkhidmatan Negara juga berhasil diperolehi.
Perintah Berkurung telah diperkenalkan di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti aktif dengan aktiviti-aktiviti pengganasan komunis.
Konsep "Kawasan Putih" dan "Kawasan Hitam" juga diguna pakai untuk memudahkan Pihak Pentadbiran Tentera British (BMA) melaksanakan kerja mereka dalam mengekang aktiviti-aktiviti komunisme. Kawasan Putih bermaksud kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya bila merujuk kepada Kawasan Hitam. Negeri Melaka merupakan negeri pertama yang diisytiharkan sebagai Kawasan Putih di seluruh negeri Tanah Melayu.
Sekatan-sekatan jalan raya dan kawalan-kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan-kawasan yang disyaki mempunyai pengaruh komunis.
Penggunaan Kad Pengenalan (IC) juga diwajibkan bagi memudahkan proses idenfifikasi diri. Sesiapa yang didapati tidak mempunyai Kad Pengenalan diri boleh ditahan oleh anggota-anggota pihak keselamatan. Kerajaan British mewajibkan semua penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan diri sebaik sahaja mereka berumur 12 tahun (ke atas).
Sir Harold Briggs juga melancarkan rancangannya (Rancangan Briggs) sebagai usaha untuk menghapuskan aktiviti komunisme.
Di antara rancangannya adalah termasuk:
Kedua-dua langkah ini adalah penting, kerana kawasan perumahan setinggan orang Cina dianggap sebagai sumber utama bagi PKM untuk mendapatkan maklumat serta makanan.
Dengan wujudnya "Kampung-kampung Baru" yang dikawal ketat oleh Home Guards, peluang bagi PKM dan juga agen-agen Min Yuen untuk menyalurkan maklumat dan barang-barang keperluan kepada PKM dapat dikekang dengan efektif.
Meskipun pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan secara langsung untuk menghapuskan elemen-elemen komunis kurang berhasil sebagaimana yang diharapkan pada awalnya. Ini disebabkan, pengganas-pengganas komunis tidak bertempur secara berhadapan. Sebaliknya, mereka bertempur dan berperang menggunakan kaedah "peperangan gerila" (guerrilla warfare).
Pengisytiharan Darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun perintah darurat dilaksanakan, kira-kira 11,000 nyawa terkorban (termasuk 2,500 orang awam).
Bagi menangani ancaman komunis, secara ringkasnya, pihak British telah melaksanakan beberapa syarat:
Walau bagaimanapun, kesemua strategi dan taktik yang diguna pakai dan dilaksanakan tidak akan berjaya, sekiranya sokongan tidak diberikan oleh orang-orang awam / penduduk tempatan.
Satu contoh baik yang menyokong kenyataan ini boleh dilihat semasa Perang Vietnam (Vietnam War). Pihak tentera Amerika Syarikat cuba meniru strategi dan taktik yang telah diguna pakai semasa konflik sedang berlangsung. Tetapi, apa yang didapati oleh pihak tentera Amerika Syarikat tidak menepati sepertimana yang dirancangkan.
Strategi dan taktik masih lagi terhad dan terbatas daripada segi keberkesanan dan keampuhan mereka. Apa yang lebih penting ialah sikap bekerjasama (co-operation) yang diberikan oleh orang-orang awam / rakyat tempatan kepada pihak pemerintah dan juga pihak tentera.
Faktor inilah yang akan menentukan sama ada efektif atau pun tidak sesuatu strategi mahupun taktik yang diimplementasikan.
Langkah-langkah yang berbentuk sosial juga telah diambil kerana hati rakyat Tanah Melayu juga perlu diambil kira. Di antara langkah-langkah yang paling popular yang telah diambil adalah seperti berikut: