Rundingan Damai Haadyai 1989 | |
---|---|
Perjanjian antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya untuk Menghentikan Keganasan | |
Ditandatangani | 2 Disember 1989 di Hat Yai, Songkhla, Thailand |
Penandatangan |
|
Pihak | Malaysia
Thailand Parti Komunis Malaya |
sunting |
Rundingan Damai Haadyai merupakan perjanjian damai bersejarah yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM). Turut menandatangani perjanjian ini ialah Kerajaan Thai. Setelah lebih 41 tahun Malaysia dibelenggu dengan ancaman komunis, akhirnya perjanjian ini membawa kepada pembubaran dan peletakan senjata PKM.
Sebahagian daripada siri tentang |
---|
Sejarah Malaysia |
Portal Malaysia |
Perjanjian damai bersejarah ini diadakan di Hotel Le Garden, Haadyai, selatan Thailand. Haadyai terletak berhampiran sempadan Malaysia dan Thailand. Perjanjian itu ditandatangani pada jam 11.30 pagi waktu Malaysia.
Seramai 400 perwakilan, pemerhati dan wartawan dari Malaysia, Thailand dan seluruh dunia telah hadir.
Pada 28 dan 29 Disember 1955, Rundingan Baling telah diadakan antara PKM dengan Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri, Persekutuan Tanah Melayu.
Setelah empat kali kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand berunding dengan PKM akhirnya rundingan kelima berjaya diadakan.
Perjanjian Damai ini berjaya diadakan kerana ;
Malaysia diwakili oleh :
Thailand diwakili oleh :
PKM diwakili oleh :
Turut hadir ialah :
lAntara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :
Proses kepulangan bekas-bekas anggota Komunis ke Malaysia adalah berdasarkan tawaran one-off di bawah perjanjian untuk menghentikan peperangan di antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaysia (PKM) yang ditandatangani pada 2 Disember 1989.
Di bawah perjanjian tersebut, mana-mana ahli PKM yang ingin kembali ke Malaysia perlu mematuhi beberapa syarat seperti :
Kerajaan tidak memaksa mana-mana anggota komunis untuk pulang ke negara ini. Mereka diberi kebebasan memilih sama ada untuk pulang atau terus tinggal di Selatan Thailand.
Dengan pilihan tersebut, ternyata tidak semua bekas anggota komunis menerima tawaran untuk pulang ke Malaysia, malah ramai yang memilih untuk terus tinggal di Selatan Thailand.
Selepas perjanjian tersebut dimeterai :