Penerbangan 17 Penerbangan Malaysia (MH17/MAS17), juga dikenali sebagai Penerbangan 4103 KLM (KL4103/KLM4103) melalui perkongsian kod, adalah sebuah penerbangan penumpang antarabangsa yang dijadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat Boeing 777-200ER tersebut telah ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pro-Rusia berdekatan Torez di wilayah yang ditakluk kumpulan pemisah, Donetsk Oblast, Ukraine, kira-kira 40 km (25 batu) dari sempadan dengan Rusia . Pesawat telah ditembak dengan peluru berpandu permukaan-ke-udara buatan Rusia, BUK 9M83, pada 17 Julai 2014. Semua 283 penumpang dan 15 anak kapal dalam pesawat tersebut maut.
Menurut laporan awal oleh pihak berkuasa Ukraine, pesawat ini telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udarajenis BUK oleh para pemisah pro-Rusia semasa berada pada ketinggian 10,000 meter (33,000 kaki).
Kejadian ini merupakan kejadian malang kedua bagi Penerbangan Malaysia, kira-kira empat bulan selepas peristiwa kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac 2014. Ia juga merupakan peristiwa terbesar penerbangan ini setakat ini; dengan 280 penumpang terlibat, kejadian ini melibatkan lebih ramai penumpang berbanding peristiwa MH370 yang melibatkan 227 penumpang.
Penerbangan 17 berlepas dari Lapangan Terbang Schiphol di Amsterdam pada 17 Julai 2014, jam 10:31 pagi (UTC) dan dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10:10 malam (UTC). Pada sekitar jam 15:30 UTC, Penerbangan Malaysia mengesahkan melalui Twitter bahawa ia telah "putus hubungan" dengan penerbangan MH17 ketika pesawat itu berada kira-kira 30 km dari waypointTAMAK, kira-kira 50 km daripada sempadan Rusia-Ukraine. Pesawat ini membawa 280 penumpang dan 15 krew, dan kesemua mereka dalam pesawat dilaporkan terkorban, namun laporan ini masih belum disahkan secara rasmi.
Pesawat ini terhempas di perkampungan Hrabove, di luar bandar Torez yang terletak dalam Donetsk Oblast di timur Ukraine. Bangkai dan cebisan pesawat dilaporkan bertebaran dalam kawasan berdiameter 15 km (9 batu).
Penerbangan tersebut memiliki dua kapten, iaitu Kapten Wan Amran Wan Hussin dari Kuala Kangsar dan Eugene Choo Jin Leong (Bahasa Cina: 朱仁隆 Zhū Rénlóng) dari Seremban, dan dua pembantu juruterbang, Ahmad Hakimi Hanapi dan Muhd Firdaus Abdul Rahim.
Penumpang dan krew
Orang-orang di dalam pesawat mengikut kewarganegaraanya
Negara
Bilangan
Australia
27
Belgium
4
Canada
1
Germany
4
Indonesia
12
Malaysia
43
Netherlands
193
New Zealand
1
Philippines
3
United Kingdom
10
Total
298
Penerbangan Malaysia telah mengesahkan bahawa terdapat 283 penumpang dan 15 anak kapal di atas kapal MH17. Tiada yang selamat.Sebilangan wakil dari Persatuan AIDS Antarabangsa berada di penerbangan dalam transit ke persidangan yang diadakan di Melbourne, Australia, termasuk Joep Lange, bekas presiden persatuan. Mangsa lain termasuk ahli senat Belanda Willem Witteveen, isteri dan anak perempuannya, penulis buku AustraliaLiam Davison dan isterinya,Shuba Jay, serta Siti Amirah, nenek tiri Perdana Menteri MalaysiaNajib Razak.
Penyiasatan
Pada hari kejadian, satu mesyuarat telah diadakan di Kiev di antara Kumpulan Hubungan Tiga Hala (Trilateral Contact Group) yang terdiri daripada wakil-wakil atasan Ukraine, Rusia dan Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE), dengan wakil kumpulan gerakan pemisah di Donetsk yang dihubungi melalui sidang video. Dalam mesyuarat ini, wakil gerakan pemisah telah mengatakan bahawa mereka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Ukraine untuk menyiasat hal kemalangan ini. Namun, pada 18 Julai, kumpulan pemisah tersebut tidak membenarkan OSCE untuk memasuki kawasan tempat kejadian. Sekumpulan 15 peninjau telah melawat kawasan nahas, tetapi mereka tidak mempunyai kebebasan untuk melakukan kerja mereka, dan mereka meninggalkan tempat kejadian 75 minit kemudian. Menurut Majlis Keselamatan dan Pertahanan Kebangsaan Ukraine, semua bahan bukti telah dirampas oleh kumpulan pemisah, dan kumpulan Khidmat Kecemasan Negeri "bekerja dengan diacukan senapang".
Pada 18 Julai, dilaporkan kotak hitam MH17 telah ditemui oleh kumpulan pemisah.
Penerbangan 17 berkemungkinan besar telah ditembak jatuh oleh sistem misil BUK, namun tidak ada pihak – sama ada kumpulan gerakan pemisah, tentera Ukraine atau Rusia – yang mengaku terlibat dengan insiden ini. Beberapa sumber mengatakan pesawat tersebut telah ditembak jatuh oleh kumpulan gerakan pemisah, berdasarkan satu pos yang telah ditulis oleh Igor Girkin, komander Militan Penduduk Donbass pro-Rusia, di laman sesawang VKontakte, di mana beliau mengatakan yang mereka "telah memberi amaran – jangan terbang di 'langit kami'". Pos tersebut menyebut tentang sebuah AN-26, kapal terbang pengangkut milik tentera Ukraine, yang telah ditembak jatuh dan terhempas berdekatan sebuah lombong di Torez, bandar di mana MH17 terhempas. Pos ini dipadam apabila Strelkov mengetahui bahawa pesawat yang ditembak itu bukan pesawat tentera, tetapi adalah pesawat komersial. Pusat Media Krisis Ukraine mengatakan bahawa kumpulan pemisah mungkin telah tersalah anggap MH17 sebagai pesawat tentera Ukraine.
^Boykoff, Pamela; Moshin, Saima (31 Mac 2014). "Mystery of Malaysia Airlines Flight 370 surfaces pain of 1977 tragedy". CNN. Dicapai pada 17 Julai 2014. The airliner -- a Boeing 737-200 -- crashed into a mangrove swamp as it descended, killing all 100 on board. Before Flight 370, it was the deadliest incident in Malaysian aviation history.
^"Remains of Shell worker and baby coming home". The Star. 9 September 2014. Dicapai pada 25 September 2017. The 35, he added, included restaurateur Jenny Loh Yan Hwa, a passenger with dual citizenship, along with Dutch citizens Fan Shun Po and Paul Goes. – The Dutch-Malaysian is counted as Dutch on the manifest
^ abSterbenz, Christina (18 Julai 2014). "Pro-Russian Rebel Leader: 'We Have Warned Them — Not To Fly In "Our Sky"'". Business Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Julai 2014. Dicapai pada 19 Julai 2014. Strelkov, also known as Girkin, posted on Thursday at 9:50 am EST on VKontakte, Russia’s version of Facebook. Most notably, he wrote, “We have warned them — not to fly in ‘our sky.’”
• Enrich (Program Penerbangan Kerap Malaysia Aviation Group)
• Izham Ismail (CEO Malaysia Airlines)
• Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin (Pengerusi Malaysia Airlines)
• Mr. Philip See (CEO Firefly)
• Kapten Nasaruddin A.Bakar (COO MASwings)
• Mr. Shahari Sulaiman (Pengarah Pengurusan MASkargo)
• MYX: 3786 (Malaysia Airlines / Malaysia Airlines Berhad)
• Borneo Airways (AB) (Limited) (1953 : sebagai Sabah Airways Ltd., 1957 : sebagai Borneo Airways Ltd.) (April, 1965 : diserap ke dalam Malaysian Airways,untuk menubuhkan Penerbangan Malaysia-Singapura / Malaysia-Singapore Airlines)
• Malayan Airways (ML) (1946 : sebagai Malayan Airways Limited, 1963 : sebagai Malaysian Airways Limited, 1966 : sebagai Malaysia-Singapore Airlines / Penerbangan Malaysia-Singapura) (September, 1972 : berpecah menjadi Malaysia Airlines dan Singapore Airlines)